Friday, 30 September 2011

Sudah Beli AIRBUS A380

Kita sedia maklum pesawat Airbus A380 merupakan pesawat penumpang yang terbesar hingga kini.Banyak negara yang membuat tempahan pembeliannya termasuk Malaysia.Namun kelewatan Syarikat AIRBUS menyiapkan tempahan tersebut membuatkan MAS terpaksa menunggu lagi untuk menggunakannya..

Namun bagi Saya usaha untuk mendapatkannya tidaklah susah sangat...Sebelum raya baru ni dah dapat.Sejak ianya digembar gemburkan dalam berita,media online dan tv memang Saya mengikuti juga perkembangannya.Dokumentari berkaitan dengan Airbus A380 yang pernah disiarkan di Astro juga ditonton berulang kali.Memang kagum dengan kesungguhan pekerja bertungkus lumus untuk menyiapkannya...

Gambar Airbus A380 - sumber wikipedia.


Tapi yang ni mampu Saya telah beli...



Beli dari kawan la...turut dibeli pesawat Fireflyz dan pesawat AirAsia.
Tapi modelnya aja lah  [ JANGAN MARAHHH AAAA...]....jualan murah sempena hari raya Aidilfitri baru ni....
Mungkin anda juga ada yang meminati atau telah menceburi hobi ini,selamat menambah koleksi..!!


MD
30 Sept 2011



Tembikai@Kenikai@Melikai

Kita sedia maklum buah Tembikai.Ada yang isinya merah ada yang kuning bila masak.Ada yang manis dan jika tak bernasib baik ada yang masam.
Selalunya jika buah masak pada musim hujan dikatakan agak kurang manis.Buah tembikai juga enak dimakan pada waktu cuaca panas,lanjutan dari 95% dari kandungan isinya adalah air ianya cukup sesuai menyejukkan badan.Teknologi pertanian juga telah menghasilkan baka tembikai yang kurang biji - memudahkan kita untuk memakannya.

Apa yang Saya tumpukan pada catatan kali ini ialah nama panggilan buah tembikai ini.Saya pernah membaca sebuah majalah sekolah [ seingat  Saya Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah ]terbitan tahun 1957 di rumah jiran di Kampung Tg Api,Kuantan Pahang beberapa tahun lalu.Pada ruangan karya pelajar terdapat satu karangan yang mengisahkan kisah hidup dan kegiatan pertanian penduduk di sekitar bandar Kuantan pada awal tahun 1900.

Saya jangkakan tentunya pada waktu itu pelajar yang menulis karangan tersebut mempunyai buku rujukan yang lain juga.Pada catatan karangan tersebut ada menyatakan bahawa penduduk tempatan menggelarkan buah tembikai dengan nama Kenikai dan Melikai.Saya fikir info ini sangat berguna khasnya bagi warga Pahang...di Kelantan dan Terengganu sinonim dengan panggilan Timun Cina.

Saya juga berhasrat untuk meminjam majalah yang sangat bersejarah dari jiran dan harap ianya masih ada,tambahan pula keluarga jiran ini amat suka menyimpan buku buku lama.Antara isi kandungan dalam majalah itu ialah gambar lama bandar Kuantan.

Sebagai pelengkap catatan layan gambar Tembikai Merah....

Tembikai Merah

Banyak yang boleh dikisahkan perihal buah tembikai ini.Orang kata kalau makan ubat - jangan makan buah tembikai......Bahagian isi yang putih selepas kulit hijau itu juga boleh dibuat sayur.Buah tembikai juga sering kali dijadikan gubahan di meja utama pengantin.Jus tembikai juga enak diminum.....

Itulah Tembikai@Kenikai@Melikai..


MD
30 Sept 2011

Thursday, 29 September 2011

Hobi Mengumpul Setem

Ada lagi ke yang minat dengan hobi ini ?Bagi generasi yang lahir tahun 90an rasanya amat kurang meminati hobi ini.Apa istimewa sangat mengumpul setem nih?Hanya orang yang minat saja yang mampu memahami dan memberi jawapan pada pertanyaan itu.

Bagi Saya pula mengumpul setem ini ada kepuasan yang berbeza beza terhadap sesuatu setem yang dikumpul.Ada minat pada corak,pada tahun ianya dikeluarkan,pada peristiwa apa,pada saiz dan lain lain yang berkaitan.Oleh itu pengumpul akan cuba menyimpan,mendapatkan seberapa banyak koleksi yang ada.

Jangan terkejut juga terdapat setem setem lama yang dijual dengan nilai yang tinggi,walau jarang berlaku tetapi pastinya ada yang sangat istimewa pada sekeping setem itu,terutamanya atas faktor sejarah.

Saya bukanlah peminat tegar,cuma mengumpul setakat mana yang mampu.Koleksi didapati dari surat yang diterima,ditukar bersama kawan dan secara pembelian.

Koleksi tahun 1996 yang baru didapat pada tahun 2011

Ini pula album setem pertama Saya,hadiah dari sekolah pada tahun 1979.Berapa usianya?Cuba kira.....

Album setem pertama.

Koleksi setem negeri 70an yang masih elok

Harap hobi ini tidak akan lupus tambahan pula dengan kemajuan teknologi perhubungan jumlah surat yang dihantar semakin berkurangan...

Hobi ini akan diteruskan,selagi termampu.


MD
29 Sept 2011



Tuesday, 27 September 2011

Hobi Memelihara Ikan Hiasan

Minat memelihara ikan  memang sejak sekian lama...Sejak dari zaman sekolah meredah paya untuk mencari ikan laga. Bila dapat yang cantik bawa balik dan pelihara..
Sewaktu ikan 'Flower Horn' popular dahulu pun,sempat beli dah pelihara,tapi sayang bonggolnya tak berapa naik.Mungkin ada yang kurang dari aspek baka dan pemakanan,bila pindah rumah ikan dan akuarium diberikan pada jiran.

Untuk ketika ini hobi ini masih diteruskan.Ada kawan dah 'racun' supaya 'main' ikan air masin....tapi bila difikirkan semula tak mampu.Tumpuan dan kos penyelenggaraan juga agak tinggi,cantik memang cantik.Yang diteruskan cuma memelihara ikan air tawar..

Pernah pelihara ikan puyu sepasang hingga bertelur dalam akuarium...penuh anak.Akhirnya pasangan ini dilepaskan di sungai berhampiran mungkin dah berkembang biak bakanya.
Cuma tahun lepas [ 2010 ] 8 ekor ikan Lampam sungai ekor merah kena serangan jangkitan air.Seekor demi seekor mati.Dari saiz dua jari hingga hampir sebesar tapak tangan ianya dipelihara..Insiden ini memang merencatkan sekejap,akuarium kosong beberapa bulan hanya dihuni 2 ekor ikan Sepat.

2 minggu lepas semangat datang semula, ikan patin jadi pilihan.3 ekor anak ikan patin dibeli dengan harga RM2 setiap satu.Sehari diberi 2 kali makan dan nampaknya cepat juga membesar,cuma kalau dah besar tak mungkin dijadikan gulai patin tempoyak hehehe...

Patin pun patinlah,sekali tengok menarik juga...Inilah gambarnya :

Ikan Patin dalam akuarium.

Pada yang minat memelihara ikan hiasan,selamat berkongsi kisah dan pengalaman.


MD
27 Sept 2011



Sunday, 25 September 2011

Kisah Kain Samping

Sehelai Kain Samping yang dibeli di sebuah kedai berhampiran dengan bangunan Wisma Yakin Kuala Lumpur pada September 1998.Tujuan utamanya untuk kegunaan majlis pernikahan [ Saya lah.....].Harga pada masa itu dalam RM130.00 selepas tawar menawar,manakala kainnya pula songket tenunan Terengganu berbunga halus dan penuh.Harga sekarang,mungkin berganda naiknya.

Selesai majlis tersebut,kain samping ini terus digunakan pada hari perayaan utama [ Hari Raya Aidilfitri & Aidil Adha ] dan juga pada majlis rasmi yang dihadiri.Tidak kurang juga pernah dipinjam oleh jiran untuk majlis pernikahan anak mereka juga.

Untuk tahun 2011 sekali lagi kain samping songket tersebut menjadi pilihan dan telah digunakan oleh adik Saya pula pada majlis pernikahan beliau.Alhamdulillah dengan sekali lafaz....begitu juga Saya dahulu dan begitu anak jiran yang pernah menggunakan kain samping songket ini.Mungkin itu fakta menarik.....apa pun Saya tetap percaya persediaan bakal pengantin berhadapan dengan jurunikah@Tok Kadi jadi keutamaan...Jika ada yang mahu meminjamnya boleh saja,asalkan jangan diambil terus...hehehe.

Pada majlis kendurinya pula sekali lagi Saya menggunakan kain samping songket tersebut.Bukan tiada yang lain,tetapi yang satu itulah juga menjadi pilihan...

Inilah Kain Samping Songket tersebut.

Dari sudut yang lebih jelas.

Mungkin anda juga ada kisah menarik di sebalik Kain Samping,selamat berkongsi kisah dan pengalaman....


MD
25 Sept 2011


Monday, 12 September 2011

Dulu Lain,Sekarang Dah Lain.......

Untuk catatan kali ini mudah sahaja.Ianya sebuah kisah silam dimana satu rakaman gambar semasa kecil dan rakaman gambar ketika ini.
Saksikanlah.....


1971,Lokasi Kampung Kuala Kechau,Kuala Lipis Pahang

&


1 September 2011 @ 3 Syawal 1432H,Lokasi Taman Cheneras Jaya Kuala Lipis Pahang

Begitulah kisahnya.Bersama Saya itu adalah sepupu yang sangat dihormati....Saya mendoakan segala yang terbaik buat Pak Ndak Atan serta seluruh keluarga dan saudara mara yang ada.

Dulu lain,Sekarang dah lain.......


MD
12 September 2011


Cupcake - Siapa suka makan ?

Saya suka makan kek terutamanya kek pelangi yang dibuat secara tradisional seperti dulu dulu.Ada warna warni,tekstur kek yang sedikit lembab dan berminyak..dibakar dengan loyang bulat berlubang tengah.

Namun dewasa kini ada pelbagai kek yang dibuat,pelbagai resepi,pelbagai bentuk yang sangat kreatif.Sama dengan cupcake iaitu kek kecil bersaiz cawan.Sangat menarik jika dihias dengan pelbagai bentuk dan warna.Lanjutan dari keadaan ini menarik minat juga Isteri saya untuk mencubanya..dan hasilnya seperti dibawah ini :


Inilah sentuhan pertama...anak-anak pun sangat suka bila melihatnya sesudah siap.Mungkin perlu ada banyak sesi lagi untuk menghasilkan hiasan yang betul betul menarik setanding dengan yang dijual dipasaran.Apa pun terima kasih pada isteri yang menghasilkannya.

Mungkin anda patut mencubanya......



MD
12.9.2011


Tuesday, 6 September 2011

Koleksi 70-80an : 2 - Cawan & Piring DURALEX

Berikut pula koleksi Cawan & Piring DURALEX warna hijau.Dahulunya set pinggan mangkuk sebegini didatangkan dengan warna jernih,hijau dan cokelat muda dan menjadi pilihan untuk digunakan pada majlis di meja utama kenduri kahwin.


Set pinggan mangkuk ini masih cukup lengkap cuma lupa pula menanyakan harganya pada masa itu....Kualiti kacanya juga tidak dinafikan...



MD
6.9.2011

Monday, 5 September 2011

Koleksi 70-80an : 1 - Lencana Pengakap

Semasa bercuti di kampung sempena Hari Raya Aidilfitri baru baru ini terjumpa semula koleksi barang lama yang dikira menarik untuk tatapan masa kini.

Antaranya ialah Lencana Pengakap tahun 1975.


Tulisan bahagian atas : 
PERSEKUTUAN TEMPATAN PENGAKAP DAERAH TEMERLOH.
Tulisan bawah : 
CENDERAMATA.
HARI PERHIMPUNAN DAN PERESMIAN BANGUNAN
11.10.1975

Tentunya mana mana rakan dan pembaca yang  menjadi serta menganggotai Pengakap pernah melihat lencana yang seumpama ini.



MD
5.9.2011