Sunday, 11 December 2011

Gerhana Bulan 10-12-2011

Sempat juga Saya merakamkan beberapa gambar bagi kejadian gerhana bulan yang berlaku pada malam tadi.Cuaca dari lokasi Saya juga kurang baik dengan awan tebal.

Dengan mengguakan Nikon D200 tentunya agak terbatas untuk mendapatkan gambar yang jelas dan terang.Sesungguhnya Allah Maha Besar menjadikan fenomena ini  dapat dilihat oleh manusia.Menurut sumber yang Saya baca kejadian yang sama akan berlaku lagi pada 2014.

Ini adalah gambar yang sempat Saya rakam :

Peringkat permulaan.

Gambar selebihnya Saya perlu edit sedikit dan akan dimasukkan kemudian...




Friday, 9 December 2011

Telur Kenduri Kahwin Dulu Dulu

Sekarang musim cuti persekolahan,setiap hujung minggu pastinya ada majlis kenduri kahwin diadakan.

Maka teringat Saya akan sebiji telur akan diberi selepas makan kenduri.Jika sekarang telur tersebut dibungkus dengan pelbagai cara,corak,bunga dan ada yang kreatif lagi meletakkannya didalam cawan kecil,gubahan sarang burung dan bermacam lagi...

Memang Saya masih ingat pada majlis kenduri kahwin di kampung sekitar 70an dan 80an,telur kenduri kahwin ini diberikan dengan bungkusan yang paling mudah,ringkas dan jimat.
Telur rebus dibungkus dengan lipatan kertas tisu dengan cara yang tersendiri.Kertas tisu dari warna merah,putih dan kuning jadi pilihan.Saya juga masih ingat cara hendak membungkusnya......

Ini gambarnya.

Contoh yang Saya buat ini tidaklah kemas sangat,tapi inilah bentuknya.Tangkai dicantumkan dengan satu ''stapler'' sahaja.
Jika ada rakan Blogger atau Pembaca yang ingin tahu cara cara membuat bungkusan ini Saya akan masukkan gambar yang lebih lengkap.Jimat bukan....
Tapi adakah yang sanggup untuk membuat dan menggunakannya dimajlis kenduri kahwin sekarang ????Saya ada jawapannya....

Itulah Telur Kenduri Kahwin Dulu Dulu....



Monday, 5 December 2011

Sampul Surat Hari Pertama Merdeka 31 Ogos 1957

Saya memang suka menyimpan,mengumpul dan melihat barangan klasik.Walaupon bukan dikira ''hardcore'' atau Tegar tetapi adalah juga beberapa koleksi yang mampu disimpan...

Nak jadi cerita,semalam Saya bersama Isteri ke Pasar Tani Stadium Shah Alam atas urusan yang lain.Tiba di situ  kereta penuh sesak  kerana  Selangor Agro Fest 2011 juga sedang berlansung.Agak puas mencari 'parking',2 kali memusing akhirnya dapat juga.Hari sudah pukul 11.00 pagi dengan cuaca cerah yang semakin panas.Ternampak satu gerai yang agak sunyi,tanpa kunjungan orang ramai...Saya hampiri dengan tenang sambil mata melihat apa yang ada diatas hamparan kanvas.

Terpandang akan satu album setem lama dan terus Saya belek satu per satu...Tiba tiba tangan dan mata terhenti pada satu helaian muka album.Macam tak percaya,tengok dekat dekat...sahh,ianya betulll.

Terus Saya dekati Tuan gerai dan bertanyakan harga,Dia senyum.......................................

........setelah tawar menawar,maka kedua belah pihak bersetuju.

Ini yang Saya dapat :

Muka depan

Muka belakang

Sampul Surat Hari Pertama Merdeka 31 Ogos 1957
Keluaran : Information Services,Federation of Malaya.
Serta sekeping setem 10sen yang ditampal.

Memang Saya gembira, sebelum balik sempat Saya cakap pada Tuan gerai '' Bang jika ada duit lagi,pasti Saya akan datang lagi....''sambil Dia senyum dan kami berjabat tangan...



Duit Satu Ringgit Brunei Keluaran 1967

Sudah lama Saya menyimpan koleksi ini,sekeping duit Brunei keluaran 1967 dalam album.Ini gambarnya :


Nantikan koleksi seterusnya....

Friday, 2 December 2011

Pernah Makan Yang Ini?







Saya ingin kongsikan satu resepi yang sudah jarang dibuat dan ada juga yang tidak pernah tahu kewujudannya.Bagi mereka yang berasal dari daerah Kuala Lipis Pahang mungkin tahu dan pernah merasainya...


Bahan yang perlu : Tempoyak,telur rebus,sedikit garam,air suam dan lada

Cara penyediaan : Larutkan tempoyak bersama air suam dan masukkan sedikit garam.Masukkan potongan telur rebus dan potongan lada pada tahap kepedasan yang sesuai mengikut selera masing masing.
*ada juga yang mencampurkan dengan mentimun muda yang dipotong kiub..

Selamat mencuba...!