Thursday, 6 October 2011

Nombor Plat Menarik.

Menjadi minat Saya selalu memerhatikan kenderaan samada motosikal,kereta,van,lori dan lain lain yang mempunyai nombor plat yang menarik.Semestinya nombor yang menarik susunan ini pula dipadankan dengan negeri ianya didaftarkan.Gabungan ini kadang kadang seolah olah menghasilkan satu perkataan.

Awal pagi semalam Saya melalui di sekitar Bandar Puteri Puchong.Semasa berhenti di lampu isyarat maka terpandang satu kenderaan yang mempunyai nombor sebegini :


Mungkin ianya merujuk kepada nama seseorang atau nama syarikat,yang pasti gabungan dari DAK [ biasanya kenderaan didaftarkan di Kelantan ] dan nombor 14 mewujudkan gabungan nama sebegitu.
Lain lain nombor plat menarik yang pernah dijumpai seperti :

MAF 14 - jika digabungkan seakan menjadi MAFIA
CL 455 - jika digabungkan seakan menjadi CLASS
AHL 146 - jika digabungkan seakan menjadi AHLI46

Apa pun ketetapan  JPJ perlu dipatuhi,ini kerana terdapat rupa bentuk dan saiz nombor plat kenderaan yang menyalahi undang undang.Kena saman,perlu bayarrr....

Mungkin anda juga pernah jumpa nombor plat kenderaan yang lebih menarik?? Sama sama kita berkongsi pendapat dan pengalaman....


MD
6 Oktober 2011



2 comments:

  1. Dulu2 dgr citer JPJ nk benarkan guna plat yg ade singkatan nama sdiri mcm kat US tu...Senyap jer dah...

    ReplyDelete
  2. Shinju,
    sekarang pendaftaran terbuka sudah boleh dibuat.beli di KL dan nak reg nombor Pahang....cuma yang aok katakan tu takde kabar beritanya...kala jadi macam jenih nama kita boleh tengok nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :