Melalui pemeriksaan Doktor,demam tersebut perlu dirujuk kepada hospital....risau weh!Maka dibekalkan dengan satu surat dan memerlukan Saya merujuk ke Hospital Universiti [ nama ketika itu ].
Keesokan harinya terus daftar di RUKA [ merujuk kepada Rawatan Umum Klinik Awam ] dan selesai saja pemeriksaan doktor keputusan menahan Saya ke wad dibuat....lagi la risau.Rupanya demam yang dihidapi adalah Demam Denggi.
Jika dikaji kronologinya kemungkinan digigit nyamuk Aedes ditapak pembinaan bangunan tambahan di kilang Perodua Rawang.Ketika itu sering memasuki tapak pembinaan untuk memantau pemasangan peralatan alat Penyaman Udara..
Hasilnya ditahan wad selama dua hari,dan perlu ambil darah untuk ujian setiap hari selama seminggu [ ini bab yang paling lemah semangat ] kedua lengan kiri dan kanan tempat urat darah disuntik memang sakit.Sepanjang dua hari di wad hanya pemantaun bacaan darah dan air dimasukkan kedalam badan.Tiada ubat lain yang diberi...Apapun syukur demam ini tidak ke tahap serius.
Amalan mengambil sup ketam dalam menu makanan pada pengidap demam denggi dapat meningkatkan bacaan platlet darah memang selalu kita dengar.Rasanya tiada masalah untuk kita mencuba,malah ada yang menunjukkan kesan yang positif.Insya Allah setiap penyakit itu ada penawar/ubatnya.
Nak menyediakan Sup Ketam juga bukanlah rumit,malah jika ada bahan-bahan ianya boleh disiapkan dalam masa yang singkat.Ini Sup Ketam yang Saya sediakan dengan bahan yang sangat ringkas :
Sup Ketam
Nak resepi ? Tak perlulah kot,semua dah tahu dan boleh memasak hehehe....
MD
12 Oktober 2011
kenapa takde orang bagitau saya info ni waktu saya kena kuarantin demam denggi dulu ? +_+ mesti bahagia hirup sup ketam je memanjang.
ReplyDeleteSewaktu saya kena demam denggi dulu pun,dimasa itu tidak maklum akan info tersebut....
ReplyDeleteapa pun sup ketam memang baik untuk diet dan saya juga tidak menumis [ tanpa minyak masak ]hanya rebus sahaja..
nanti boleh beli ketam bunga,buat sup.pilih yang segar segar yang berat banyak isi....
terima kasih Leyaliyana
salam MD..
ReplyDeletekoi tak pernaah makan sup ketaam
dan harapan tak kena lah denggi..
demam denggi memang tak boleh buat
memain..khabarnya nyamuk denggi ler
nih semakin canggih..boleh tahan lama
dan susah nak mati..betul ke..?
Zulkbo,
ReplyDeleteboleh lah cuba buat sup ketam,tak perlu kena tunggu demam denggi [ minta dijauhkan ]
cuma harga ketam ni mahal la sikit...hehehe,untuk buat sup 2 ekor dah mencukupi...