Kesempatan cuti tahun baru Cina 2013 baru ini Saya pulang ke kampung tempat membesar.Adalah sikit kawasan kebun yang ditanam pokok buah-buahan tempatan.Semasa memasuki kawasan kebun ini terpandang akan 2 pokok yang ada buah didahannya.Sangkaan awal ianya pokok cempedak berdasarkan daunnya.
Pokok ini dengan usia lebih 15 tahun dan sebelum ini memang tidak nampak bila berbuahnya.Setelah diteliti memang ianya buah Bangkung.Untuk pengetahuan pembaca juga buah Bangkung iras buah Cempedak,cuma bezanya isi Bangkung nipis dan kegunaan bijinya lebih ketara.Kebiasaan biji Bangkung dikeluarkan dari buah,dibasuh dan direbus dengan sedikit garam.Sesudah masak kupas kulit ada biji dan isi biji tersebut boleh dimakan begitu saja.Lebih sedap dimakan bersama kelapa parut.
Awas bagi yang tak biasa makan...!!selalunya bila makan,kita akan 'buang angin' dengan lebih kerap.Selamat mencuba.
Sebagai rujukan dan maklumat ini gambar buah Bangkung :
Buah Bangkung
Bahagian buah yang dikupas
Info yg baik..tkasih
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteAs salam...
ReplyDeleteAda lagi ke pokok bangkung berkenaan tuan?
Saya berhajat sangat nak membiak pokok bangkung. Melalui semaian biji atau dahan.
Apa² info mohon whatsapp saya tuan.
ROSNIAN - 013-9175112
Kt kg saya ada sepokok..tp x tahu la berbuah ke tidak..
Delete