Sunday, 25 September 2011

Kisah Kain Samping

Sehelai Kain Samping yang dibeli di sebuah kedai berhampiran dengan bangunan Wisma Yakin Kuala Lumpur pada September 1998.Tujuan utamanya untuk kegunaan majlis pernikahan [ Saya lah.....].Harga pada masa itu dalam RM130.00 selepas tawar menawar,manakala kainnya pula songket tenunan Terengganu berbunga halus dan penuh.Harga sekarang,mungkin berganda naiknya.

Selesai majlis tersebut,kain samping ini terus digunakan pada hari perayaan utama [ Hari Raya Aidilfitri & Aidil Adha ] dan juga pada majlis rasmi yang dihadiri.Tidak kurang juga pernah dipinjam oleh jiran untuk majlis pernikahan anak mereka juga.

Untuk tahun 2011 sekali lagi kain samping songket tersebut menjadi pilihan dan telah digunakan oleh adik Saya pula pada majlis pernikahan beliau.Alhamdulillah dengan sekali lafaz....begitu juga Saya dahulu dan begitu anak jiran yang pernah menggunakan kain samping songket ini.Mungkin itu fakta menarik.....apa pun Saya tetap percaya persediaan bakal pengantin berhadapan dengan jurunikah@Tok Kadi jadi keutamaan...Jika ada yang mahu meminjamnya boleh saja,asalkan jangan diambil terus...hehehe.

Pada majlis kendurinya pula sekali lagi Saya menggunakan kain samping songket tersebut.Bukan tiada yang lain,tetapi yang satu itulah juga menjadi pilihan...

Inilah Kain Samping Songket tersebut.

Dari sudut yang lebih jelas.

Mungkin anda juga ada kisah menarik di sebalik Kain Samping,selamat berkongsi kisah dan pengalaman....


MD
25 Sept 2011


8 comments:

  1. skarang da 2 ratos!!! baru ag tgok kat pasar payang bulan lepas...huhu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Chekyna atas makluman tersebut....

    kainnya berat,tebal,bunga rapat,tenunannya kemas...

    ReplyDelete
  3. Salam MD..

    Kualitinya pasti x sama dgn ada dipasaran sekarang.Brg lama lebih berkualiti.

    ReplyDelete
  4. kain songket tenun melayu,
    mula asalnya dari terengganu,
    oh abang yg manis,
    oh nona yg lawa,
    pakai kain songket,
    pakaian budaya...

    ReplyDelete
  5. Una mabuk ker? Siap nyanyi lgi..hakhak... :P
    Seumur hidup koi,x pernoh makai kain samping ni.. :P

    Ade kenangan ngn songket..
    http://fiverobindas.blogspot.com/2010/10/sehelai-songket-seribu-kenangan.html

    ReplyDelete
  6. Shinju,

    nanti naik pelamin boleh lah pakai....

    ReplyDelete
  7. salam..
    songket koi ada jenis sama
    macam aok ter..cer aok ke blog koi
    post 'anak siapa nih' dari kahwin
    tiap kali raya sampin tu je la..
    senang nak matching..he he

    ReplyDelete
  8. Ozzy - ikut info Chekyna di pasar Payang dah rm200,jika harga di KL tentunya akan naik lagi....

    Zulkbo - hahahha....ada juga rupanya

    Husna - itu lagu Biduanita Puan Sri Saloma

    ReplyDelete

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :