Friday, 7 October 2011

Tiket Pesta Pulau Pinang 1988

Salah satu hobi Saya mengumpul tiket.Sumbernya pula mudah sahaja, meliputi tiket kenderaan seperti bas,kapal terbang,meliputi tempat yang dilawati,acara,sukan dan lain lain.

Saya buat kali pertama ke Pulau Pinang yang sinonim dengan gelaran Pulau Mutiara melalui rombongan perpisahan sekolah menengah pada tahun 1988.Rombongan ini juga diadakan selepas peperiksaan SPM dan dikira juga sebagai rombongan perpisahan pelajar.Destinasi utama sememangnya di seluruh kawasan menarik di Pulau Pinang.

Antara tempat yang dilawati ialah Bukit Bendera,Taman Rama Rama,Masjid Negeri,Pantai Batu Feringgi,Pusat Beli belah Komtar,Padang Kota dan Pesta Pulau Pinang.Selain dari rakaman gambar sekeping tiket Pesta Pulau Pinang masih Saya simpan hingga kini.

Tiket Pesta berharga $1.00

Memang meriah Pesta Pulau Pinang ketika itu.Berbagai jualan,gerai makanan,permainan diadakan.Persembahan pentas pula pada malam itu ialah Ramli Sarip.

Tiket ini masih dalam keadaan baik dan akan terus disimpan.Bagaimana pula rupa tiket Pesta Pulau Pinang ketika ini, dan berapa pula harganya ?? Saya tidak pasti....Kunjungan semula Saya ke Pulau Mutiara sekitar tahun 1994,1996,2005,2009 tidak pula sempat kena dengan masa Pesta diadakan..

Itulah Tiket Pesta Pulau Pinang 1988 yang berusia 23 tahun.Untuk koleksi peribadi dan tidak dijual hehehe...


MD
7 Oktober 2011



2 comments:

  1. salam..
    lama betul tiket tu
    tak ada lagi jenis
    sebegini sekarang..

    ReplyDelete
  2. terima kasih Zulkbo,
    memang lama.kebanyakkan tiket zaman ini mempunyai ciri ciri keselamatan tambahan seperti bar kod dll

    ReplyDelete

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :