Monday 11 July 2011

Tarikh Menarik - 8.8.88

Tarikh hari ini ialah 11.7.11 adalah susunan nombor yang menarik.

Untuk post kali ini juga membawakan satu lagi tarikh dengan susunan nombor menarik iaitu = 8.8.88 [ 8hb-Ogos - 1988 ] yang berada pada hari Isnin.Sudah hampir 23 tahun masa berlalu meninggalkan tarikh tersebut.

Beberapa bulan yang lepas sewaktu membelek album gambar lama untuk tujuan pengasingan gambar-gambar yang telah rosak maka terjumpa lipatan kertas yang dikira sangat nostalgia.Apabila dibuka ternyata kertas itulah merupakan catatan ringkas yang dibuat pada tarikh 8.8.88.

Mengimbau kembali pada tarikh tersebut, Saya masih di tingkatan 5 Perdagangan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6.Cikgu Mazlan Bin Hamid merupakan guru kelas yang mengajar subjek Matematik.Sebelum memulakan sesi pembelajaran pada pagi tersebut ,beliau ada bercakap berkaitan dengan tarikh 8.8.88 ini dan menyuruh pelajar membuat sedikit catitan [ berkaitan apa saja, aktiviti atau jadual harian dan lain lain ] pada kertas,buku atau apa saja untuk disimpan.
Pada masa akan datang mungkin catatan tersebut membawa sedikit kenangan terutamanya dimasa sekolah dan boleh ditunjukkan juga pada keluarga termasuk anak-anak......

Ternyata apa yang diucapkan oleh Cikgu Mazlan ini suatu masa dahulu memberi makna juga apabila terjumpanya semula catatan tersebut seperti dibawah ini :


Apa khabarnya Cikgu Mazlan sekarang ? dan apa khabarnya juga rakan rakan kelas 5P1 1988 ? Semoga semuanya berada didalam keadaan sihat sejahtera selalu...



MD11.7.11

3 comments:

  1. waaa...kena buat catatan 11/11/11 nt..
    boleh belek2 smula 20 thn kemudian..kala ade umur la..heheh...

    ReplyDelete
  2. satu idea yang menarik dari cikgu tu..bertuah juga sbb aok masih simpan catatan tersebut.

    p/s - ngapa x post kat FB?

    ReplyDelete
  3. salam..
    wahhh..kenangan lama
    mengusik jiwa nih..
    :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :