Tuesday 26 February 2013

Tidak semua yang Merah itu manis.

Salam Sejahtera buat semua rakan Blog dan pembaca.Nak share satu gambar yang berkait-rapat dengan kehidupan kita semua...


Tidak semua yang Merah itu manis....


Monday 18 February 2013

Mandi Sungai

Memang seronok jika dapat mandi sungai yang sejuk dan jernih airnya.Segar tubuh badan dapat berendam sepuas puasnya kan...

Cuti CNY baru ini juga Saya datang semula ke sebatang sungai yang sejak dahulunya terkenal sebagai tempat mandi manda dan berkelah.
Sekali air bah,sekali pantai berubah.Memang benar apa yang dikatakan oleh susunan ayat peribahasa ini.

Sungai yang dimaksudkan itu ialah Sungai Weh berhampiran dengan Kampung Bangas Kuala Sentul,Maran Pahang.26 tahun yang lalu semasa zaman persekolahan lokasi ini menjadi tempat perkelahan yang sangat menarik.Kami pernah mengadakan perkelahan 2 hari 1 malam di tepi sungai ini.Bayangkan dari Kampung Jengka 4 melalui jalan pintas dalam ladang kelapa sawit Kami hanya berjalan kaki ke sini.Buat kemah,memasak dan mandi manda.


Gambar 1987

Gambar Feb 2013

Pemandangan yang cantik.

Air Sungai Weh masih dingin,masih jernih.Harap ianya dapat bertahan untuk masa mendatang.Harap kawasan hutan dihulunya dikekalkan agar keaslian alam semula jadi ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Yang bestnya untuk gambar terakhir itu terdapat seorang kawan di FB yang memberikan komen '' macam air sungai di Canada''.
Sungai Weh juga ada keistimewaannya tersendiri...



Ada lagi.................Aksi lepas dendam,lama tak mandi sungai : 


Buah Bangkung

Mungkin ramai diantara pembaca yang belum pernah meilhat atau mendengar atau menyebut nama sejenis buah iaitu 'Buah Bangkung'

Kesempatan cuti tahun baru Cina 2013 baru ini Saya pulang ke kampung tempat membesar.Adalah sikit kawasan kebun yang ditanam pokok buah-buahan tempatan.Semasa memasuki kawasan kebun ini terpandang akan 2 pokok yang ada buah didahannya.Sangkaan awal ianya pokok cempedak berdasarkan daunnya.

Pokok ini dengan usia lebih 15 tahun dan sebelum ini memang tidak nampak bila berbuahnya.Setelah diteliti memang ianya buah Bangkung.Untuk pengetahuan pembaca juga buah Bangkung iras buah Cempedak,cuma bezanya isi Bangkung nipis dan kegunaan bijinya lebih ketara.Kebiasaan biji Bangkung dikeluarkan dari buah,dibasuh dan direbus dengan sedikit garam.Sesudah masak kupas kulit ada biji dan isi biji tersebut boleh dimakan begitu saja.Lebih sedap dimakan bersama kelapa parut.

Awas bagi yang tak biasa makan...!!selalunya bila makan,kita akan 'buang angin' dengan lebih kerap.Selamat mencuba.

Sebagai rujukan dan maklumat ini gambar buah Bangkung :


Buah Bangkung 

Bahagian buah yang dikupas

Biji Bangkung

Pokok Bangkung