Wednesday 30 November 2011

Pengalaman Pertama Sebagai Jurufoto

Sejak akhir akhir ini Saya kerap memegang kamera,mungkin secara kebetulan....sebagai contoh baru baru ini Saya menggantikan adik yang sepatutnya mengambil gambar pada majlis kenduri anak kepada jiran..

Walaupun sudah ada jurugambar yang diambil oleh pengantin melalui pakej andaman dan pakaian pengantin,kebenaran juga Saya dapat sebagai jurugambar tambahan..Peluang terbaik bagi Saya yang sedang bertatih ini.Lebih menarik jurugambar rasmi juga sangat sangat membantu dan mesra.Sama sama berusaha untuk mendapatkan sudut yang terbaik..Terima kasih Farhan Caloy dan rakan beliau..

Antara gambar yang Saya kongsikan....

1.Gelas di meja pengantin

2.Pastikan ianya penuh......

3.Siap untuk dimakan

Ini pengalaman pertama Saya mengambil gambar dimajlis perkahwinan mulai majlis akad nikah,majlis menitik inai,kenduri dan bersanding.Pada masa yang sama perlu juga menolong pada kerja kenduri yang ada.Adat berjiran perlu diteruskan.....
Perjalanan masuh jauh,banyak yang perlu dipelajari.Apa pun pengalaman menarik yang akan Saya akan kenang....

Selamat Pengantin Baru Buat Nurain dan Shahrul yang selamat diijab kabul pada petang 25/11/2011 dan majlis kenduri pada 26/11.2011.


Sunday 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Selamat menyambut tahun baru 1433H,
masih tak terlewat mengucapkan kepada semua rakan blogger dan pembaca.Sepanjang minggu ini saya kurang masa untuk update blog.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini juga menguatkan azam serta cita cita kearah kebaikkan di dunia dan akhirat.

Turut Saya kongsikan satu koleksi duit syiling keluaran Bank Negara Malaysia sempena sambutan Maal Hijrah 1401,tahun 1980.Jika dihitung sudah 32 tahun usia duit syiling ini.


Sunday 20 November 2011

Apa ada dalam Tepak Sireh..?


Melihat gambar diatas Saya yakin ada yang senyum,terkenang,berdebar dan macam macam perasaan lagi.
Yang senyum - mungkin majlis pertunangan telah selamat dijalankan.
Yang terkenang - mungkin sudah melalui pengalaman bersama tepak sireh ini.
Yang berdebar - mungkin majlis merisik tak lama lagi....

Apa pun perasaan kita satu perkara yang perlu juga diambil tahu ialah ''Apa ada dalam Tepak Sireh''Kita sedia maklum kebiasaannya tepak sireh ini akan ''diuruskan'' oleh ibu bapa,saudara mara dan ahli keluarga yang terdekat...kekadang kita cuma tahu siapnya saja diatas dulang hantaran..

Menurut dari pengalaman Saya sendiri [ cara daerah/kampung Saya di Pahang ]  didalam bekas tepak sireh antara yang diisi ialah :

1. Daun Sireh [ sebaiknya dapatkan daun sireh bertemu urat ]
2. Kapur makan
3. Gambir
4. Pinang - samada di racik atau dibelah
5. Kacip pinang - kebanyakkan tepak sireh sekarang kacip sebagai hiasan saja dengan mata yang tumpul tidak diasah.
6. Tembakau

Hanya ini info yang dapat Saya berikan.Mungkin lain daerah/negeri lain pula caranya....

Pengalaman terbaik Saya membawa tepak sireh untuk merisik memang ada.Tuan Rumah memang ''makan'' sireh yang dibawa itu sebagai tanda setuju.....Oleh itu jangan ambil mudah pada daun sireh yang diletakkan,sebaiknya daun yang sihat,segar dan bersih...

Mungkin rakan blog dan pembaca ada kisah yang lebih menarik,sama sama kita kongsikan.

Hari ini juga bertarikh 20.11.2011 - mungkin ramai juga yang memilih tarikh ini untuk mengadakan majlis pertunangan dan pernikahan...Selamat Bertunang,Selamat Pengantin Baru Saya ucapkan....

Friday 18 November 2011

Si Comel

Saya menerimanya dari pemberian seorang Kawan bernama Zahari pada 20 Feb. 2011.Ketika itu ianya masih kecil lagi,tetapi sudah pandai makan sendiri.
Nak jaganya pun tak susah.Ada penempatan yang selamat,ada makan dan minum serta jaga kebersihan 'rumahnya'.Selalu juga dimandikan dan dijemur supaya ianya kelihatan bersih,sihat dan cergas.

Inilah Si Comel :


Nama Si Comel diberikan oleh anak Saya dikira amat rapat dengan burung ini.Si Comel merupakan burung dari keluarga Cockatiel - Nymphicus hollandicus .

Lagi beberapa gambar aksi Si Comel :

Saat paling suka keluar sangkar untuk dibawa bermain.

Haiii Saya Comel

Panjang ekornya

Gaya tersendiri

Dari dekat

Setelah setahun lebih dipelihara, Si Comel semacam kenal kepada orang terutama anak Saya.Jika ianya sedang bersiul/berbunyi dan anak Saya menyuruhnya diam dengan sekejap akan berhenti bersiul/berbunyi...

Pada rakan blog dan pembaca yang minat memelihara burung,selamat berkongsi pengalaman....




Wednesday 16 November 2011

Corak Bunga Pinggan Lama

Sekejap tadi buka semula bekas tempat menyimpan koleksi pinggan mangkuk,cawan dan piring keluaran 80an,70an,60an dan 50an.Tak banyak mana pun setakat ada sahaja.

Ingat jika ada masa setiap satunya akan dirakamkan gambarnya untuk rekod.Memang baik kualiti tembikar walaupon sudah digunakan sejak berpuluh tahun,warnanya tetap segar.

Sebagai permulaan ini antara corak bunga pada pinggan mangkuk tersebut :





Seterusnya nanti Saya akan masukkan gambar lebih lanjut jika berkelapangan.Saya yakin ada diantara rakan Blog dan pembaca semua mempunyai minat yang sama seperti ini.Selamat bertukar gambar dan info yang ada.

Tuesday 15 November 2011

Kita Minum Dulu.

Salam Sejahtera,selamat pagi buat rakan blogger dan pembaca.
Pada yang belum mengambil sarapan,sila berbuat demikian walaupun sedikit...Kita minum dulu..!!!


Ini gambar bukan di Kopitiam atau dimana-mana restoran..ini meja dirumah sahaja.Set cawan ini akhirnya Saya jumpa di kedai pinggan mangkuk di sekitar Kg Baru Kuala Lumpur.Jumpa terus beli,sebab pencarian sudah lama.Kualiti tembikarnya baik disamping corak bunga yang jelas...

Kita minum dulu......!!!

Monday 14 November 2011

Badan Masih Elok,'Enjin' Sudah Rosak.....

3 tahun lepas seorang saudara telah memberikannya kepada Saya,katanya dirumah sudah tiada tempat untuk diletak.Saya terima dengan tangan terbuka....
Sememangnya Saya tahu ianya tidak berfungsi lagi atas faktor usia tetapi tetap ada yang menarik padanya.Saya bawa balik dan bersihkan...sesudah itu baru nampak rupanya..
Ini bendanya :

Citizen - REGULATOR keluaran 80an

Saya telah merujuk 2 kedai jam yang 'Otai' dan pemilik kedai kata '' You bawak itu jam mari....''.Bermaksud masih boleh diperbaiki dengan menukar ''enjin jam'' yang lain sama jenama.Memang niat ada untuk menjalankannya semula...Nak buang sayang.
Banyak kali kawan2 yang datang bertandang ke rumah komen..''apasal jam ni asyik pukul 9.43?,rupanya rosak''

Itulah kisahnya.


Saturday 12 November 2011

Terkenang Semasa Dulu - 1

Selalu makan waktu rehat di sekolah,harga dahulu cuma 10 sen sebiji.Ini kisah sekitar penghujung 70an dan 80an.Memang sedap dengan rasa kacang hijau yang direbus empuk,lemak,masin dan manis semua ada.Kuih ini memang popular dahulu cuma sekarang agak jarang kedapatan dijual berbanding dengan kuih yang lain.Mungkin kuih moden mendominasi keadaan atau selera masyarakat sudah berubah...?

Berbalik pada kisah kuih....Beli kuih 10 sen dan air sirap atau oren 10 sen memang layannn.Makan kuih ini jangan gopoh,jangan gelojoh sebab kekadang tergigit kacang keras atau batu didalamnya,mungkin ada yang dah kena..Tapi Saya yakin pembuat kuih sekarang lebih berhati - hati memilih dan mengasingkan kacang hijau sebelum direbus.

Inilah Kuih Kasturi yang Saya maksudkan : 


Kuih dalam gambar diatas dibuat oleh adik baru baru ini.Saya pun tak merasa makan cuma dapat gambarnya saja..cukuplah.

Apapun bila Saya melihat Kuih ini sememangnya =  Terkenang semasa dahulu.......

Thursday 10 November 2011

Tarikh Menarik 11.11.11

Esok tarikh dengan nombor 11hb 11 2011 dengan ringkasnya juga ditulis 11.11.11




Sebelum ini Saya ada menulis berkaitan dengan tarikh menarik 8.8.88 disini -
http://mymd4u.blogspot.com/2011/07/tarikh-menarik-8888.html
Dulu hanya catat pada sekeping kertas dan kini dengan kemudahan teknologi Kita boleh membuat catatan pada Blog pula..

Sebagai insan yang meminati cara lama,Saya tetap juga akan mencatatkan sesuatu untuk tarikh 11.11.11 pada sekeping kertas dan disimpan.Mungkin rakan blog dan pembaca setuju dengan cara ini.
Esok juga ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan berbagai aktiviti termasuk majlis bertunang dan pernikahan.Sesunggguhnya nombor sebegini mudah diingat.

Saya juga ada membaca berkaitan komen komen dilaman sosial Facebook berkaitan dengan tarikh 11.11.11,bagi Saya bukanlah hendak memuja,terlalu taksub dengan tarikh ini dan lain lain perbuatan pelik yang bercanggah akan dilakukan.Cukup diingat bahawa ianya satu susunan tarikh yang menarik yang mudah diingat...Kehidupan harian berjalan seperti biasa.....

Terima kasih.....

Wednesday 9 November 2011

Telur Dadar

Sebut saja telur dadar mungkin rakan blog dan pembaca sangat biasa mendengar apatah lagi memakannya.Menu ini dikira amat mudah untuk disediakan dan boleh dimakan pada waktu sarapan,makan tengahari,makan malam dan juga sebagai makanan pengalas perut.

Resepi pula terpulang pada masing masing yang empunya citarasa.Telur + sedikit garam@perasa + bawang merah @ kuning + cili besar @ cili api yang pedas tu.Ada pula yang meletakkan sedikit kicap atau lada hitam.Nak tambah gebu boleh tambah sedikit mayonis,nak sedap lagi goreng menggunakan minyak zaitun [ tapi minyak ni mahal la sikit harganya ].

Memang banyak boleh diperkatakan dengan Telur Dadar ini.Menu masakan orang bujang malahan juga untuk orang berumah tangga sesuai dengan tema ringkas dan menyelerakan hehehe.

Jumlah telur 3 biji

Jika anda buntu tentang nak masak apa,maka pilihlah telur dadar.....Mungkin ada yang terasa lapar bila melihat gambar itu,sila ke dapur sekarang.....buat!!

Selamat menjamu selera.

Monday 7 November 2011

Lemang Oh Lemang......

Saya memang suka makan Lemang,
Makan secara sedikit sedikit bukanlah sekali hadap habis 'sepuntung'..Sepuntung/puntung ini merupakan penjodoh bilangan untuk sebatang lemang yang juga biasa bagi loghat kampung Saya.

Untuk kali keduanya pada Hari Raya Aidiladha kali ini Saya bakar lemang lagi,bukan di kampung tetapi di bandar.Tiada masalah jika ada kemahuan disitu ada jalan.Buluh lemang dibawa khas dari kampung.Pokok buluh lemang memang ada ditanam belakang rumah.

Buat lemang perlu ada kemahiran dan pengalaman.Kemahiran untuk menyediakan bahan seperti beras pulut,santan,daun pisang..manakala pengalaman pula untuk sesi membuat,memasukkan pulut ke dalam buluh dan membakarnya..Bakar lemang jangan ditinggal memang kena jaga api dan memusingkan buluh supaya masak sekata.Sehingga kini masih perlukan Emak sebagai ''QC'' dalam proses sebegini..Buat lemang bukan hari hari,jadi masih perlukan komen dari orang yang lebih mahir..
Insya Allah, sebolehnya kemahiran ini akan diteruskan.

Untuk kali keduanya ini jumlah lemang yang dibuat bertambah..ini hasil dari kawan/jiran yang mahu bersama membuatnya.Ada juga yang nak beli...apa pun Saya buat untuk adik beradik dan untuk jamuan bersama jiran sahaja.Bila ada yang hendak membeli rasa serba salah untuk letakkan harga..

Jika ada masa,peluang dan ruang buat lemang sendiri memang menyeronokkan.Berbeza dengan yang kita beli.

Lemang sedang dibakar

Kawasam perumahan yang Saya duduki mempunyai tempat yang selesa untuk pembakaran lemang,cuma lepas kerja siap kena kemas dan pastikan tiada sampah atau apa saja yang boleh menimbulkan,mengganggu jiran yang lain.Pemilihan kayu juga perlu sebab ada diantaranya mengeluarkan asap yang banyak bila dibakar.Asap pula bakal mengganggu jika masuk kedalam rumah jiran..Hal ini memang Saya dahulukan..

Misi kedua ini berjaya.Yang dapat merasa makan pun suka,syukur...Bila Saya masukkan gambar kedalam FB ada juga rakan yang tertanya-tanya..''betul ke bakar lemang..''Bakar lemang di bandar tidak mustahil hehehe...

Lemang Oh Lemang,itulah kisahnya...




Salam Aidiladha Buat Semua...

Salam Aidiladha buat semua rakan blogger dan pembaca..
 - selamat bercuti
 - selamat melakukan ibadah Korban
 - selamat menunaikan ibadah Haji buat umat Islam yang sedang melaksanakannya..

Ramai yang mungkin dapat daging/tulang,dalam banyak banyak makan tu kesihatan perlu juga kita jaga,pesanan ini buat diri Saya juga...:)

Wednesday 2 November 2011

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan...

Sejak kebelakangan ini Saya kurang masa untuk update entri pada blog....apa pun esok terpaksa menempuh sekali lagi saat yang sukar digambarkan dengan penulisan.

Buat kali keduanya anak Saya akan menjalani pembedahan rawatan tulang kaki.Pembedahan mungkin memakan masa lebih dari 4 jam.Tiada pilihan wahai anakku...Ini untuk masa depan kamu juga.
Jika boleh dipindahkan segala rasa sakit itu,biarlah ayah yang merasainya...

Gambar sesi pertama pada 2008 di PPUM

Walaupun ini sesi pembedahan kali kedua tetapi rasa takut beliau masih ada terutamanya ketika nak masukkan ubat bius...dan saat ini juga tak dapat Saya gambarkan,dimana hati dan perasaan diletakkan pada tempat beliau.
Sabarlah anakku...

Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT...Terima kasih juga atas doa dan sokongan dari rakan-rakan semua...Esok hari getir Saya.