Sunday 10 March 2013

Gerai Ikan Patin Sangkar

Selalunya Saya menghala balik dari Pahang ke Shah Alam jika berkesempatan pastinya singgah sebentar ke gerai ini untuk membeli seekor dua ikan Patin sangkar Sungai Pahang sebagai bekalan.Harga pula berpatutan.

Gerai yang terletak berhampiran susur masuk [ sebelah kanan,jika datang dari Bandar Tun Razak Jengka] persimpangan Chenor LPT.


''Semoga perniagaan Aok terus maju Hafiez''



Telah Ku Temui Ikhtiman Ismail

Sebelum ini Saya ada menulis satu entri seperti berikut :
http://mymd4u.blogspot.com/2011/08/baru-ku-tahudia-ikhtiman-ismail.html
dan pada 9.12.2012 yang lalu Saya dapat bertemu dengan Beliau pada suatu majlis perkahwinan seorang rakan FB.

Pada pertemuan singkat ini memang membawa satu kenangan dan perasaan yang sangat bermakna.Banyak gambar kenangan dirakamkan dan antaranya :

Bersama Ikhtiman Ismail

Banyak lagi kisah menarik pada pertemuan singkat ini,jika ada masa pastinya dijadikan entri seterusnya ...:)






3 Kilo atas riba...

Kisah 4 bulan lepas...

Lepas tengok kerja-kerja di tapak Saya ke gerai berhampiran untuk minum..sesampainya di gerai tersebut ada seorang lelaki sedang membaca akhbar sambil minum.
Saya mengambil tempat ditepi meja beliau dan tiba tiba terkejut....!!!
atas riba beliau ada sebegini rupa :

Ular Sawa Batik [Reticulated Python]

Abang baju biru menjelaskan ular sawa ini ditangkap oleh Beliau setelah dilihat berada dibawah longkang berhampiran paip air tempat membasuh tangan di gerai tersebut.Ular liar ini naik ke kawasan gerai kerana tempat asal habitatnya telah dibangunkan dengan pembinaan bangunan komersial.

Kes ular dijumpai di kawasan gerai telah berlaku sebelum itu.Cuma Saya amat kagum dengan keberanian Abang baju biru ini menenangkan ular liar sehingga berada dengan tenang di atas riba...

Saya tanya nak buat apa dengan ular ini,maka jawabnya ''mungkin nak lepaskan dikawasan yang sesuai..'',bagus juga tujuan itu.

Itulah serba sedikit kisah ''3 Kilo atas riba''



Saturday 9 March 2013

Renew lesen panjat pokok

Ramai yang tahu panjat pokok?
Bkan semua orang boleh dan berani panjat pokok.Pokok Kelapa yang tinggi melayut lagi la..
Saya juga boleh panjat pokok,tapi yang berdahan rendah sahaja..Baru ni ada balik kampung,tambahan pula pokok Dukung sedang berbuah,jadi ini kesempatan terbaik untuk 'renew' lesen panjat pokok.

Makan buah atas pokok memang best...

Friday 8 March 2013

Siapa suka makan ''Roti Pound''

Dalam banyak banyak jenis roti yang ada antara yang Saya paling suka makan ialah ''Roti Pound''.
Antara sebabnya pula = roti ini dibuat dengan rasa ''kosong'' yang sesuai dimakan bersama kuah kari daging atau ayam.Ini antara menu yang diminati.
Akan tetapi tidak semua kedai yang ada menjual roti jenis ini kan?

Yang jual roti naik motor tu kekadang ada...Mungkin ramai yang terbayang dan memahaminya sipenjual dengan tong yang penuh dengan roti berbagai jenis..

Rasanya juga mungkin ada yang tak pernah dengar perkataan roti pound...

Roti Pound.

Gambar di atas 'home made' punya..Isteri yang buat..:)
Tapi jangan tanya Saya bagaimana resepi dan cara-cara membuatnya...hehehe