Sunday 10 March 2013

3 Kilo atas riba...

Kisah 4 bulan lepas...

Lepas tengok kerja-kerja di tapak Saya ke gerai berhampiran untuk minum..sesampainya di gerai tersebut ada seorang lelaki sedang membaca akhbar sambil minum.
Saya mengambil tempat ditepi meja beliau dan tiba tiba terkejut....!!!
atas riba beliau ada sebegini rupa :

Ular Sawa Batik [Reticulated Python]

Abang baju biru menjelaskan ular sawa ini ditangkap oleh Beliau setelah dilihat berada dibawah longkang berhampiran paip air tempat membasuh tangan di gerai tersebut.Ular liar ini naik ke kawasan gerai kerana tempat asal habitatnya telah dibangunkan dengan pembinaan bangunan komersial.

Kes ular dijumpai di kawasan gerai telah berlaku sebelum itu.Cuma Saya amat kagum dengan keberanian Abang baju biru ini menenangkan ular liar sehingga berada dengan tenang di atas riba...

Saya tanya nak buat apa dengan ular ini,maka jawabnya ''mungkin nak lepaskan dikawasan yang sesuai..'',bagus juga tujuan itu.

Itulah serba sedikit kisah ''3 Kilo atas riba''



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :