Thursday 25 August 2011

Cara Mudah Nak Ingat 7 Warna Pelangi.


Pelangi ada 7 warna yang sangat cantik.Bukan hari hari kita dapat melihat pelangi secara semulajadi.Namun untuk mengingati semua tujuh warna tersebut dengan urutan yang betul secara sepontan tentunya agak sukar.

Gambar 7 warna pelangi - sumber Goolge Image.

Apa yang Saya masih ingat sejak dari alam persekolahan hingga kini,guru Sains [ Terima Kasih Cikgu ] pernah memudahkan cara ingatan warna tersebut dengan kaedah menjadikan huruf awal setiap warna kepada satu ayat yang mudah disebut.

Contohnya adalah seperti berikut ,Warna Pelangi mengikut urutan ialah :
1. Merah = M
2. Jingga = J
3. Kuning = K
4. Hijau = H
5. Biru = B
6. Indigo = I
7. Ungu = U
Huruf awal bagi semua warna ialah : M,J.K.H.B,I,U.Seterusnya  menjadikan sambungan huruf awal itu kepada satu ayat mudah
1. M = Mat
2. J = Jenin
3. K = Ke
4. H = Hutan
5. B = Bawa
6. I = Ikan
7. U = Ulam
Dengan ayat = Mat Jenin Ke Hutan Bawa Ikan Ulam memudahkan kita untuk mengingati urutan 7 warna pelangi.
Mudah,tentunya ramai yang sudah tahu tetapi mungkin juga ramai yang belum tahu…..!!




*Sumber info dari Wikipidea
Maklumat berkaitan dengan Pelangi.

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.




MD
25 Ramadhan 1432H





34 comments:

  1. goner ke ghupernyer ikan ulam ter?

    ReplyDelete
  2. Ikan dan ulam 2 bende berbeza,cuma disatukan dalam ayat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Michael Jackson Kena Hantar Balik India Utara

      Delete
  3. nk lebih senang
    Mak Jalan Kaki Hingga Badan Ia Uzur

    ReplyDelete
  4. Micheal Jackson Kena Halau Balik India Utara

    ReplyDelete
  5. setuju juga dengan Princess dan ayam goreng....

    ReplyDelete
  6. "Mari Jual Kacang Hijau Bersama Ipin Upin"
    Idea dr crita upin ipin. . Bebudak lg senang ingat kalau ada nama kartun ni.. ini yg anak saya hafal.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Ayat yg diajar sewaktu tuisyen dulu hingga kini masih saya ingat lagi wlu pun dah hampir 30th "Mak Jah Kata Hang Bodo Ikut Unta".. Banyak lg ayat2 sains yg diajar masih dingati hingga kini...

    ReplyDelete
  8. Ayat yg diajar sewaktu tuisyen dulu hingga kini masih saya ingat lagi wlu pun dah hampir 30th "Mak Jah Kata Hang Bodo Ikut Unta".. Banyak lg ayat2 sains yg diajar masih dingati hingga kini...

    ReplyDelete
  9. Masa saya dulu.. ingat lagi sampai sekarang...

    Michael Jack Keluar Hostel Beli Ibu Unta

    haha..

    ReplyDelete
  10. Mat Jenin Kata Harimau Belang Itu Ungu

    ReplyDelete
  11. Micheal Jackson Kata Hidup Bujang Itu Untung...

    ReplyDelete
  12. Mak jemah kata hantu bungkus itu unik

    ReplyDelete
  13. Mak jemah kata hantu bungkus itu unik

    ReplyDelete
  14. Mak jemah kata hantu bungkus itu unik

    ReplyDelete
  15. Kenapa x.... :
    Michael
    Jackson
    Kena
    Halau
    Balik
    India
    Utara

    ReplyDelete
  16. Michael Jackson kill his brother in US

    ReplyDelete
  17. micheal jackson kena halau balik india utara..

    ReplyDelete
  18. Ikut je upin ipin ajar

    M-mari
    J-jual
    K-kacang
    H-hijau
    B-bersama
    I- ipin
    U-upin

    ReplyDelete
  19. Malam jangan keluar hantu botak ikut u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni WIN.... budak kecik bley ingat sbb ade perkataan hantu botak 😉☺😊😍👍👍

      Delete
    2. Malam jangan keluar hantu boleh ikut u

      Delete
  20. Mat jenin ke hutan bawa ikan u
    Ni lg baik

    ReplyDelete
  21. Mak jah kena halau balik india utara

    ReplyDelete
  22. Setuju ikut cerita upin ipin

    ReplyDelete

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :