Friday, 30 September 2011

Tembikai@Kenikai@Melikai

Kita sedia maklum buah Tembikai.Ada yang isinya merah ada yang kuning bila masak.Ada yang manis dan jika tak bernasib baik ada yang masam.
Selalunya jika buah masak pada musim hujan dikatakan agak kurang manis.Buah tembikai juga enak dimakan pada waktu cuaca panas,lanjutan dari 95% dari kandungan isinya adalah air ianya cukup sesuai menyejukkan badan.Teknologi pertanian juga telah menghasilkan baka tembikai yang kurang biji - memudahkan kita untuk memakannya.

Apa yang Saya tumpukan pada catatan kali ini ialah nama panggilan buah tembikai ini.Saya pernah membaca sebuah majalah sekolah [ seingat  Saya Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah ]terbitan tahun 1957 di rumah jiran di Kampung Tg Api,Kuantan Pahang beberapa tahun lalu.Pada ruangan karya pelajar terdapat satu karangan yang mengisahkan kisah hidup dan kegiatan pertanian penduduk di sekitar bandar Kuantan pada awal tahun 1900.

Saya jangkakan tentunya pada waktu itu pelajar yang menulis karangan tersebut mempunyai buku rujukan yang lain juga.Pada catatan karangan tersebut ada menyatakan bahawa penduduk tempatan menggelarkan buah tembikai dengan nama Kenikai dan Melikai.Saya fikir info ini sangat berguna khasnya bagi warga Pahang...di Kelantan dan Terengganu sinonim dengan panggilan Timun Cina.

Saya juga berhasrat untuk meminjam majalah yang sangat bersejarah dari jiran dan harap ianya masih ada,tambahan pula keluarga jiran ini amat suka menyimpan buku buku lama.Antara isi kandungan dalam majalah itu ialah gambar lama bandar Kuantan.

Sebagai pelengkap catatan layan gambar Tembikai Merah....

Tembikai Merah

Banyak yang boleh dikisahkan perihal buah tembikai ini.Orang kata kalau makan ubat - jangan makan buah tembikai......Bahagian isi yang putih selepas kulit hijau itu juga boleh dibuat sayur.Buah tembikai juga sering kali dijadikan gubahan di meja utama pengantin.Jus tembikai juga enak diminum.....

Itulah Tembikai@Kenikai@Melikai..


MD
30 Sept 2011

5 comments:

  1. Salam..

    Ada juga yg panggil timun & ada yg panggil semangka..

    ReplyDelete
  2. salam..
    koi suka amat makan buah tembikai nih..
    orang cina akan ambil bijinya di jadikan
    serbuk ubat ulcer mulut..berkesan

    ReplyDelete
  3. Ozzy dan Zulbko,

    Terima kasih....cuma di Jepun dulu ada menghasilkan tembikai bentuk 4 segi.dari putik yang dipasangkan bekas lutsinar bentuk 4 segi.buah membesar ikut bekas tersebut....

    ReplyDelete
  4. Kat Uganda panggil watermelon..
    sama ah kat Pekan pun..kohkoh :p

    ReplyDelete
  5. Shinju,
    Aok jangan...jiran tu orang Pekan weh...

    ReplyDelete

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :