Tuesday 4 October 2011

Mazli Juara Grand Slam GP Joran Kategori Pantai 2011

Awal pagi tadi Saya menerima 'update' dari Mazli atau Pok Li [ nama yang Saya gunakan ] yang menyatakan bahawa beliau telah menjuarai GP Joran Berita Harian kategori pantai 2011.Saya tumpang gembira.Beliau merupakan bekas staf syarikat yang sama semasa Saya menetap di Kuantan suatu masa dahulu.

Pok Li juga memang minat memancing dan kami pernah beberapa kali ke laut di sekitar perairan Kuantan.Selain dari dapat ikan Saya juga dapat 'mabuk' laut percuma hehehe...
Beliau juga merupakan seorang pemain bolasepak kental di posisi pertahanan pada pasukan kami.

Tahniah Pok Li pada kemenangan berganda ini,Saya tumpang gembira...


MD
3 Oktober 2011







Juara Grand Slam 2011 kategori laut, Mohd Hatta Abd Rahim (kiri) dan kategori Pantai,Mazli Abdullah membawa pulang hadiah sebuah kereta PERODUA Alza bernilai RM63,000 pada majlis penyampaian hadiah penutup pertandingan akhir di Padang Astaka,Kuala Dungun, semalam. - Foto Rozainah Zakaria.




GP Joran berakhir penuh meriah
Oleh Azman Mahmood dan Rosli Ilham
bhkt@bharian.com.my
2011/10/3



Pemenang berganda bawa pulang PERODUA Alza, wang tunai RM10,000 

DUNGUN: Pertandingan memancing Pusingan Akhir Grand Slam GP Joran 2011 yang melabuhkan tirainya semalam, menyaksikan seorang pemancing tempatan muncul sebagai pemenang berganda.

Mohd Mazli Abdullah, 33, dari Besut, yang muncul juara Grand Slam 2011 kategori pantai membawa pulang hadiah sebuah kereta PERODUA Alza bernilai RM63,000.
Beliau juga muncul naib juara pertandingan akhir GP Joran bagi Kategori Pantai dengan membawa pulang wang tunai RM10,000.


Tempat kedua dan ketiga Grand Slam 2011 kategori pantai pula masing-masing dimenangi Mohd Zaki Abdullah, 37, dan Mohd Sharif Ismail, 30, kedua-dua dari Terengganu yang masing-masing membawa pulang bot getah bernilai RM1,900 dan RM1,400.

Bagi Grand Slam kategori laut pula, juara dimenangi Mohd Hatta Abd Rahim, 37, dari Johor, yang juga menerima sebuah PERODUA Alza, manakala Mohamad Saiful Azmi Hamzah yang juga anggota tentera dari Selangor dan Daimalawa Yunos Mairy, 32, dari Johor dinobatkan pemenang kedua dan ketiga, masing-masing menerima hadiah bot getah bernilai RM1,900 dan RM1,400. 
Bagi Kategori Pantai Pertandingan Akhir GP Joran, Mohamad Irhwan Abd Samad, 31, dari Pahang muncul juara dan menerima hadiah berjumlah RM20,000, manakala Hadiezri Abdul Khalid, 37, dari Terengganu di tempat ketiga dan menerima wang tunai RM4,000.

Sementara itu, bagi pusingan akhir GP Joran Kategori Laut, Shahrul Che May, 30, dari Selangor muncul juara dengan tangkapan ikan kerapu seberat 16.74 kilogram dan menerima wang tunai RM20,000.

Tempat kedua dimenangi Mohd Zainuddin Mohd Ramli, 51, dari Selangor dengan ikan kerapu seberat 16.3 kilogram, membawa pulang hadiah RM10,000 dan ketiga, Ahmad Nizam Othman, 37, dari Terengganu dan menerima wang tunai RM4,000, selepas berjaya menaikkan tenggiri seberat 13.3 kilogram.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian; Datuk Mior Kamarul Shahid; Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mustopa Abd Rahman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Harun Mohamad; Pengarah Urusan UFL Coleman, Datuk Radha Krisnan dan Pengurus PERODUA cawangan Kuala Terengganu, Zulwari Abdul Wahab.

Ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah penutup pertandingan akhir itu di Padang Astaka di sini, semalam, Za'abar berkata, beberapa siri kejohanan memancing terbesar yang diadakan di negeri ini bukan saja membawa nama Terengganu sebagai lokasi pancing terkenal negara, tetapi juga memberi pendapatan kepada peniaga kecil dan pengusaha hotel di negeri ni.

Beliau berkata, antara kejohanan memancing dianjurkan kerajaan negeri seperti Boat On The Road (BOTR) dan GP Joran dengan kerjasama Berita Harian serta Kenyir Cup sejak 2009, membantu menjana ekonomi hotel, peniaga kecil serta pemilik bot. 

Kredit BERITA HARIAN.

3 comments:

  1. Tahniah...murah rezeki dia
    memancing ni pun nak kena ada minat juga kalau x minat x jadi..

    ReplyDelete
  2. Tahniah PokLi

    dulu2 follow gak GP Joran ni..
    Nak2 pas sorg nenek menang kategori laut
    dalam kat rompin dulu...
    Mase Auntie Maznah jadi exco mmg best
    la GP joran kat phg..skang dah malap kot..

    ReplyDelete
  3. Ozzy - minat dia sekian lama,kali ni rezeki...

    Shinju - Xtvt memancing ikan layaran tu masih ade kan...

    ReplyDelete

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :