Wednesday 9 November 2011

Telur Dadar

Sebut saja telur dadar mungkin rakan blog dan pembaca sangat biasa mendengar apatah lagi memakannya.Menu ini dikira amat mudah untuk disediakan dan boleh dimakan pada waktu sarapan,makan tengahari,makan malam dan juga sebagai makanan pengalas perut.

Resepi pula terpulang pada masing masing yang empunya citarasa.Telur + sedikit garam@perasa + bawang merah @ kuning + cili besar @ cili api yang pedas tu.Ada pula yang meletakkan sedikit kicap atau lada hitam.Nak tambah gebu boleh tambah sedikit mayonis,nak sedap lagi goreng menggunakan minyak zaitun [ tapi minyak ni mahal la sikit harganya ].

Memang banyak boleh diperkatakan dengan Telur Dadar ini.Menu masakan orang bujang malahan juga untuk orang berumah tangga sesuai dengan tema ringkas dan menyelerakan hehehe.

Jumlah telur 3 biji

Jika anda buntu tentang nak masak apa,maka pilihlah telur dadar.....Mungkin ada yang terasa lapar bila melihat gambar itu,sila ke dapur sekarang.....buat!!

Selamat menjamu selera.

2 comments:

  1. wahh.. nie le makanan dari kecik mak kome sumbat dalam mulut nie.. nak lebih kembung letak PASTI SEDAP.. :D

    ReplyDelete
  2. Piko,
    sebenarnya makanan ini digemari oleh ramai orang...
    Aok kuat makan kicap ke weh....?

    ReplyDelete

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :