Thursday 18 August 2011

Kisah Puasa Dulu Dulu

Malam kelmarin lepas Solat di Surau masa minum minum ada bersembang dengan jiran jiran yang berasal dari berlainan negeri.Pada kesempatan tersebut masing masing ada mengimbau kenangan berpuasa di zaman 70 - 80an.Banyak persamaan kisah yang antaranya :

1.Air Batu.
Dimasa itu bekalan elektrik masih tidak menyeluruh dan tidak sepenuhnya.Boleh dikira berapa kerat orang yang mampu memiliki peti sejuk,malahan di kampung pendalaman hampir tiada.Bulan puasa yang cuacanya panas bila berbuka dapat menikmati minuman sejuk alangkah nikmatnya..Biasanya air batu yang dijual dikedai tertentu datang dalam bentuk blok yang besar,manakala pekedai menyimpannya pula dalam tong yang diisi dengan habuk kayu halus berfungsi sebagai penebat.
Air Batu - gambar sumber Google

Adakalanya air batu kena tempah pada pekedai jika tidak alamat melepas.Sungguh laris air batu di bulan puasa.Harga pula ikut saiz ada 30sen,50sen dan RM1 [ dikira jumlah yang besar ketika itu ].Sudah beli terus bawa balik dan simpan pula dalam bekas penebat yang kedap udara supaya tidak cepat cair.

2. Buah Kurma.
Buah kurma lazimnya cukup dicari bila tiba bulan puasa terutamanya hidangan semasa berbuka puasa.Tidak seperti hari ini kurma yang dijual dahulu kebanyakkannya dari jenis kurma dalam guni jalur yang dijual dalam sukatan Kati.Kurma pula tidaklah dalam bentuk sebiji sebiji....sebab dipadat dalam guni tentunya penyek!!
Maka tiada pilihan itu yang ada,dapat makan kurma sangat bersyukur...
Sekarang jauh lebih baik,hinggakan kurma segar yang masih bertangkai ada dijual.

3.Drama Arab.
Hehehe......Ini lagi satu trademark bulan puasa dulu dulu.Sekitar pukul 3 hingga 5 petang di TV1 akan menyiarkan drama Arab hitam putih..Tengok sebab ada sarikata......

Begitu antara yang dibualkan.Apa pun keadaan dahulu wajar dijadikan rujukan pada hari ini dan kita sentiasa mengharapkan keadaan akan menjadi lebih baik dari masa ke semasa Insya Allah.


MD
18 Ramadhan 1432H




2 comments:

  1. Salam MD..

    Memang banyak bezanya dulu dan sekarang..dulu2 buah kurma tu jgn kata nak makan, nak tgk pun susah hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam admin.seronok baca pengalaman tuan menjalani ibadah puasa zaman dulu dulu.saya tak berkesempatan merasai beli air batu yang size besar begitu

    ReplyDelete

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :