Thursday 29 September 2011

Hobi Mengumpul Setem

Ada lagi ke yang minat dengan hobi ini ?Bagi generasi yang lahir tahun 90an rasanya amat kurang meminati hobi ini.Apa istimewa sangat mengumpul setem nih?Hanya orang yang minat saja yang mampu memahami dan memberi jawapan pada pertanyaan itu.

Bagi Saya pula mengumpul setem ini ada kepuasan yang berbeza beza terhadap sesuatu setem yang dikumpul.Ada minat pada corak,pada tahun ianya dikeluarkan,pada peristiwa apa,pada saiz dan lain lain yang berkaitan.Oleh itu pengumpul akan cuba menyimpan,mendapatkan seberapa banyak koleksi yang ada.

Jangan terkejut juga terdapat setem setem lama yang dijual dengan nilai yang tinggi,walau jarang berlaku tetapi pastinya ada yang sangat istimewa pada sekeping setem itu,terutamanya atas faktor sejarah.

Saya bukanlah peminat tegar,cuma mengumpul setakat mana yang mampu.Koleksi didapati dari surat yang diterima,ditukar bersama kawan dan secara pembelian.

Koleksi tahun 1996 yang baru didapat pada tahun 2011

Ini pula album setem pertama Saya,hadiah dari sekolah pada tahun 1979.Berapa usianya?Cuba kira.....

Album setem pertama.

Koleksi setem negeri 70an yang masih elok

Harap hobi ini tidak akan lupus tambahan pula dengan kemajuan teknologi perhubungan jumlah surat yang dihantar semakin berkurangan...

Hobi ini akan diteruskan,selagi termampu.


MD
29 Sept 2011



6 comments:

  1. Dua org drpd kami 5 bradik punya hobi yg sama..
    Byk gek stem dorg kumpul...kdg2 koi cilok buat pos surat.. (sambil tengok kiri kanan)..ssyyyy...jgn gtau sesape...

    ReplyDelete
  2. Shinju,
    dulu dulu kala setem tu ade cop sikit yakni sipi sipi sapu minyok rambut ilang dakwatnyer dan boleh gune semula hehehe...dont't try this at home..

    Aok memang hehehe....

    Cer letok gambor banjir tolok basikal tuh dalam blog...

    Meck,
    menag lama tu....terima kasih..!!

    ReplyDelete
  3. hahaha...koi dh lama amalkan sapu minyok pd stem tu...zaman skoloh dh buat keje murni gitu... jimat duit setem weh...

    ReplyDelete
  4. Shinju - sebab tu sekarang pos chop besor besor ataih setem ...hehehehe

    ReplyDelete
  5. Berminat juga kumpul kalau boleh nk cari sahabat yg rajin tulis surat dn poskad boleh tukar tukar setem

    ReplyDelete

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :