Friday 14 October 2011

Ulam Pucuk Asam Gelugor

Sebut sahaja Asam Gelugor @ Asam Keping [ Garcinia Atroviridis ] tentunya ramai yang sedia maklum.Selalu digunakan sebagai perisa didalam masakan Melayu dan asam ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau dan rasa hanyir pada ikan.

Itu Asam Gelugor dan ini pula kisah pasal pucuk pokok Asam Gelugor yang sangat enak dibuat ulam dan sebagai bahan dalam masakan seperti gulai.Pernah rasa?Pernah makan?Mungkin ramai yang tertanya tanya malah mungkin ada yang tidak tahu ianya boleh dimakan sebagai ulam.

Daun muda atau pucuk pokok ini dengan warna kemerahan dan apabila beransur matang/tua warna kemerahan itu semakin hilang.Daun tua bersifat liat dan sedikit rasa 'maung'.Ulam ini sangat enak dimakan dengan beraneka jenis sambal.Jika di Pahang ianya dipadankan dengan sambal lada+garam serta tempoyak.

Nak tengok bagaimana rupa ulam pucuk asam gelugor? Ini rupanya.....

Pucuk Asam Gelugor

Bercampur Daun dan pucuk muda

Siap diasingkan 

Setelah dibasuh masukan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

Sebelum lupa,rasa pucuk asam gelugor ini juga masam tapi tidak semasam buahnya dan daun yang segar amat rangup.
Dari sudut tradisional amalam memakan ulam ini boleh menurunkan tekanan dan melancarkan darah dan lain lain khasiat membuatkan anda akan bertambah makan nasi lagi bila menikmatinya ....hehehe

Saya fikir rakan blog dan pembaca sangat wajar mencuba ulam ini....



MD
14 Oktober 2011



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Pada Semua Pembaca & Yang Sudi Meninggalkan Komen :