Friday, 28 October 2011

MICCOS 2011, sedang berlangsung....

Ianya sedang berlangsung,sesiapa yang berkelapangan boleh datang.....



Maka 2 3 hari ini Saya sibuk dengan urusan luar.Untuk hari pertama tadi ramai juga pengunjung terutamanya peserta dari setiap negeri.Saya terlibat juga dalam pameran ini.
Banyak kisah menarik bila berhadapan dengan karenah pelanggan..

Antara kisah yang bakal masuk dalam entri ialah :
1. Makcik Ireland dan anak perempuan tanya pokok serai
2. Awek Tuba.....

Selamat menunggu entri pada tajuk diatas,pada entri seterusnya Insya Allah....Dah letih,masa untuk tidur...

Wednesday, 26 October 2011

Terima Kasih Ben Ashaari....Vol 2.

Sebelum ini pernah Saya menulis : http://mymd4u.blogspot.com/2011/10/terima-kasih-ben-ashaari.html
dan hari ini sekali lagi Saya dengan rendah diri mengucapkan sekali lagi Terima Kasih kepada Ben Ashaari...

Ucapan ini dibuat kepada beliau yang menjadikan Blog MD sebagai blog pilihannya pada Selasa,25 Oktober 2011 melalui : http://www.benashaari.com/2011/10/blog-blog-pilihan-ben-ashaari.html

Sesungguhnya pilihan melalui segmen ini memberi semangat dan peransang untuk terus menulis khasnya kepada Saya dan rakan blogger yang  baru atau yang telah memiliki blog.Saya amat amat menghargainya.

Tiada kata secantik bahasa,untuk Ku puji Kekanda/Adinda....



Terima Kasih Ben Ashaari
Terima Kasih semua Follower
Terima Kasih semua Pembaca......!!!



MD

Pokok Kabung

Kalau tanya Gula Kabung mungkin ada diantara rakan Blog dan pembaca sudah maklum akan rupa dan rasanya.Untuk catatan kali ini yang mahu dikisahkan ialah bagaimana pokoknya..

Kunjungan Saya ke Putrajaya baru baru ini memberi ruang untuk merakamkan gambar pokoknya...Biasanya pokok ini tumbuh meliar di pinggir kampung dan hutan.Saya memuji langkah bijak orang yang mengilhamkan penanaman banyak pokok pokok hutan di sekitar Putrajaya,dalam erti kata lain pokok sedemikian boleh dijumpa/didapati di bandar.

Ini gambarnya......

Lebat sungguh putiknya.



Dari sudut yang lebih jelas.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok Kabung atau juga dikenali sebagai pokok Enau di Indonesia, (bahasa Inggeris: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya Arenga pinnata.
Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bak bulu burung. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.
Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung menghasilkan todi yang boleh dijadikan cuka atau gula.
Buah Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal.
Di Kampung Gajah, Perak, tandan buah kabung dikait dengan pengait setinggi 30 kaki atau pokoknya dipanjat. Pokoknya ada rerambut seperti pada Pokok Kelapa tetapi lebih banyak, tebal, berwarna hitam dan agak menakutkan. Buah kabung dileruikan (dipisahkan) dari tangkainya dan direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan. Setelah 1-2 jam ditebus, buah tadi dibelah dua atau tiga. Ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar. Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang liat. Warnanya putih jernih. Agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam dan diberi pewarna.
Buah kabung kekadang disebut sebagai buah kantor. Isi kantor ini dihidangkan sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang dijual di pasar Ramadan di Kampung Gajah, Perak.
Biji buah Pokok Kabung merupakan buah atap yang lut cahaya dan yang merupakan salah satu bahan ais kacang.
Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.


Selalu makan gulanya saja,kena tahu juga macamana pokoknya kan....setuju ?





Sunday, 23 October 2011

Hari Keputeraan KDYMM SULTAN PAHANG 24/10/2011

24 Oktober 2011 merupakan Hari Keputeraan KDYMM SULTAN PAHANG.



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketujuh, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.
Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.
Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.
Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.

Sultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.
Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Bola sepak, permainan bertaraf antarabangsa, telah diberikan nafas baru apabila Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM). Bawah pimpinan baginda, Malaysia berjaya memperoleh Piala Merdeka selepas 9 tahun dengan mengalahkan Korea Selatan 3–1 dalam masa tambahan pada 17 Februari 1993. Sultan Haji Ahmad Shah, peminat sukan nombor satu negara, telah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia sejak tahun 1984 dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia. Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.

Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 6 Mei 1975.
Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.
Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi Ketua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak Februari 1983.

Ini pula sekeping gambar klasik koleksi peribadi saya :


Lawatan KDYMM Tuanku Sultan Pahang untuk merasmikan Masjid FELDA Kemboja,Jengka 4 - 1979.

Tahniah,DAULAT TUANKU....


Selamat Berangkat Ke Tanah Suci Buat Rakan & Semua...

Melalui perancangan dan perbincangan dengan rakan Ozzy,maka pada pagi tadi Saya dan keluarga ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.Tujuan untuk bertemu rakan sekolah/sekampung iaitu Maznah Binti Ismail yang akan berlepas bersama suami ke tanah suci pada hari ini 23/10/2011.


Tiba di Kompleks Tabung Haji sudah 10.30pagi dengan suasana penuh sesak dengan bakal jemaah dan kaum keluarga mengiringi pemergian yang sangat bermakna ini.Seingat Saya selepas habis tingkatan 5 dan dalam tempoh lebih 20 tahun tidak bertemu dengan beliau.Melalui laman sosial Facebook ramai rakan sekelas/sekampung dapat dihubungi semula.Syukur....jadi sapa kata menggunakan laman sosial ini tidak membawa kebaikkan.Asal kita tahu mana had batasan yang perlu Insya Allah ianya baik..

Saya dan Isteri akhirnya dapat bertemu dengan Maznah dan suami.Apa yang lebih menariknya juga Saya dapat bertemu dengan Bapa beliau yang juga rapat dengan arwah ayah Saya di kampung.Ozzy tiba dan Kami sambung berbual.

Ketika berjalan melalui celahan orang ramai maka terjumpa pula Ustaz Ramli yang menghantar bakal jemaah yang juga ibu kepada rakan sekolah iaitu Romzi Bin Wahab.Turut mengiringi  Pakcik Haji Samad selaku Penolong pendaftar nikah di Kampung Jengka 4,sapa nak menikah mesti kena jumpa Dia chop borang hehehehe....

Jalan lagi,maka terjumpa pula emak kepada Jamil Bin Latif juga orang kampung turut menghantar besannya.Jamil ini dikira senior atas beza umur 3 tahun lebih tua dari Saya.Apa pun ini antara geng memikat burung serindit dahulunya.....

Syukur pada pagi yang berkat ini dapat berjumpa ramai orang kampung.Cuma seorang lagi rakan sekelas/sekampung tak sempat berjumpa.Takpalah lain masa boleh jumpa lagi dengan Noranita,Saya sempat call untuk maklum sudah datang...
Sebelum pulang sempat jumpa Maznah dan suami...kemudian minta diri untuk pulang.




Akhirnya Saya mengucapkan Selamat berangkat ke Tanah Suci Buat Maznah serta Suami,orang kampung Jengka 4,serta seluruh bakal jemaah yang akan menunaikan Rukun Islam yang ke 5 ini.
Semoga dipermudahkan segala urusan pergi dan pulang...
Semoga mendapat Haji Mabrur...
Semoga Saya,Isteri,keluarga dan kita semua  pada suatu hari nanti dapat peluang juga menunaikan ibadah ini....

Maha Suci Allah Yang Menjadikan Sekelian Alam,
Allah Maha Besar...!!!

Pasukan Bolasepak Yang Saya Minati

Bolasepak merupakan sukan no satu didunia...

Berikut merupakan pasukan yang Saya minati...

1.Malaysia


2.Pahang

3.Felda United


Manakala di peringkat antarabangsa pula...


1.Chelsea


2.Argentina

3. Brazil

Selamat menyokong pasukan pilihan anda....

Wednesday, 19 October 2011

Koleksi 70-80an : 4 - Gelas

Berikut Koleksi sejenis gelas yang popular sekitar 80an terutamanya ketika hari raya.Gelas ini juga rendah dan selesa dipegang.Ada lagi 5 6 biji di kampung.Kualiti kacanya memang baik dan berat.


Menariknya pada minggu lepas Saya ada berkunjung ke kedai barangan terpakai dan terdapat satu kabinet koleksi barang lama kepunyaan Tuan kedai.Gelas jenis ini juga ada dalam simpanan beliau...

Nantikan kemunculan koleksi pinggan lama keluaran 50-60an yang menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam catatan Blog MD.Teruskan mengikuti.....

Terima Kasih Semua.

Pahang vs Kedah

Ni bukan pasal kisal final Piala Malaysia 1992 Pahang vs Kedah.Semua dah tahu dengan jaringan Zulhamizan Zakaria pada awal permainan mengesahkan Pahang jadi juara pada masa itu....gol tak banyak 1 berbalas 0 saja.

Al-kisah baru baru ini rumah Saya dikunjungi oleh saudara mara yang datangnya dari 2 negeri yang berbeza.Negeri apa?,tentunya negeri Pahang dan Kedah.Topik ini juga menjurus pada masakan yang disediakan oleh saudara ini pada waktu makan malam..

Pahang - Patin masak tempoyak,dicampur pula dengan mentimun tua dan daun kesing.Untuk info daun kesing ini seakan daun kunyit,tapi jangan terkejut sebelum dimasak baunya macam pijat.Ini hasilnya :



Kedah - Gulai Ayam,dimasak cara utara.Kita sedia maklum bahawa lain orang lain cara masakannya.Ini hasilnya :


Pertembungan menu utama ini pula di adili oleh :







Masakan yang ringkas saja,tapi syukur ianya dinikmati oleh 14 orang....Terima kasih pada Mak Lang [ yang mai jauh dari Kedah ],Terima Kasih juga pada Abang Lan & Kak Sham [ yang senalor bawak bahan mentah dari Jerantut ]

Terima kasih. Itulah Pahang vs Kedah.

Tuesday, 18 October 2011

Teater Bangsawan Laksamana Do Re Mi

Malam tadi sempat juga tengok filem Laksamana Do Re Mi di RTM TV2.Semua dah tahu bahawa filem komedi Allahyarham Tan Sri P Ramlee tidak jemu ditonton....

Maka teringat pula akan Teater Bangsawan Laksamana Do Re Mi yang dipentaskan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur pada  9 - 11 April 2010.Saya bersama keluarga sempat menonton pada hari ketiga tayangannya.Tidak kurang hebatnya teater ini,penonton memenuhi tempat duduk [ full house ] dan lakonannya ternyata berjaya.Saya sendiri seperti tidak puas menontonnya..

Harap sangat ianya dapat dipentaskan semula,pasti Saya akan menontonnya kembali....

Poster Teater Bangsawan Laksamana Do Re Mi

Tiket Masuk

Jamaludin Husin [kenalan Saya]

Dalam persembahan teater ini ''maajun kuat salasa'' telah digantikan dengan buah tembikai...memang lawak habisss!!


Selang beberapa hari lepas pertunjukkan teater bangsawan ini,anak Saya mengeluarkan ayat - ''Ayah jom tengok lagi..." dan Saya maklum bahawa persembahan teater bangsawan sebegini bukan ada hari hari....







Monday, 17 October 2011

Sempat juga ke I-City

15 Oktober 2011 pada siangnya dihabiskan banyak masa di majlis konvo KPTM di PICC.Lewat petang baru menuju pulang ke rumah.Setelah berehat seketika [ bersama KitKat hehehehe.... ] maka Saya buat keputusan ke I-City di Shah Alam dengan tujuan membawa saudara dari  jauh yang belum pernah ke sini.Tujuan keduanya tak lain tak bukan untuk merakamkan gambar.

Sampai terus mendapatkan 'parking' di kawasan bawah.Perlu ambil tiket melalui mesin dahulu.Sebelum ini menggunakan tiket manual.Sempat merakamkan gambar disekitar I-City antaranya gambar ini...


Mungkin ada rakan Blog dan pembaca lebih arif tentang fotografi mohon berikan komen,sememangnya ''Saya Budak Baru Belajar'' dalam bidang fotografi.....
Bersiar hampir sejam dan kemudian beredar meninggalkan kawasan ini....

Sempat juga ke I-City.




Sunday, 16 October 2011

Semuanya RM10....

Pagi Jumaat 14/10/2011 Saya ke PICC [ Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya ] kerana menghantar sepupu untuk urusan pendaftaran majlis konvokesyen KPTM 2011.Ini kali pertama Saya ke PICC,sebelum ini memang pernah beberapa kali ke Putrajaya atas urusan lain.

Agak mudah Saya untuk mendapatkan lokasi PICC tambahan pula kedudukannya diatas bukit memudahkan pandangan....dari jauh.Setelah siap meletakkan kenderaan Saya terus masuk ke dalam PICC untuk menemankan sepupu untuk sesi pendaftaraan dan taklimat.Sementara menunggu proses itu selesai Saya dan anak lelaki berjalan di sekitar aras C sambil menikmati tanaman pokok hutan yang ada ditanam disekeliling ruang legar.Sangat jelas dilihat kerana hanya cermin tebal dijadikan dinding pemisah..

Seterusnya kelihatan sebuah restauran yang berkonsepkan 'buffet',dimana pelanggan bebas memilih menu makanan dan minuman kemudian membuat bayaran di kaunter...

Walaupun sudah mengambil sedikit sarapan di rumah keinginan untuk mencuba makanan di restauran ini tetap ada.Hiasan,susunan menu makanan menarik manakala menu pula kelihatan segar dan enak...

Maka Saya telah memilih :
1. Nasi Lemak Biasa [ sambal ikan bilis,telur goreng,timun ]
2. Kuih Karipap saiz biasa 2 ketul
3. Sepotong Kek Icing cokelat saiz sedang
4. Segelas Teh Tarik
5. Air 100Plus tin sejuk

Semuanya RM10......

Contoh RM10

Jadi apa pula komen rakan Blog dan pembaca semua?Adakah mahal...?

Untuk pengetahuan,Semua yang diambil itu habis dimakan hehehe...maknanya sedap dan kena dengan selera Saya.Secara peribadi Saya fikir harga itu patut [ walaupun bukan orang kaya... ]tambahan pula suasana restaurant yang bersih,kemas serta makanannya pula enak....




MD
16 Okt 2011





Friday, 14 October 2011

Ulam Pucuk Asam Gelugor

Sebut sahaja Asam Gelugor @ Asam Keping [ Garcinia Atroviridis ] tentunya ramai yang sedia maklum.Selalu digunakan sebagai perisa didalam masakan Melayu dan asam ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau dan rasa hanyir pada ikan.

Itu Asam Gelugor dan ini pula kisah pasal pucuk pokok Asam Gelugor yang sangat enak dibuat ulam dan sebagai bahan dalam masakan seperti gulai.Pernah rasa?Pernah makan?Mungkin ramai yang tertanya tanya malah mungkin ada yang tidak tahu ianya boleh dimakan sebagai ulam.

Daun muda atau pucuk pokok ini dengan warna kemerahan dan apabila beransur matang/tua warna kemerahan itu semakin hilang.Daun tua bersifat liat dan sedikit rasa 'maung'.Ulam ini sangat enak dimakan dengan beraneka jenis sambal.Jika di Pahang ianya dipadankan dengan sambal lada+garam serta tempoyak.

Nak tengok bagaimana rupa ulam pucuk asam gelugor? Ini rupanya.....

Pucuk Asam Gelugor

Bercampur Daun dan pucuk muda

Siap diasingkan 

Setelah dibasuh masukan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

Sebelum lupa,rasa pucuk asam gelugor ini juga masam tapi tidak semasam buahnya dan daun yang segar amat rangup.
Dari sudut tradisional amalam memakan ulam ini boleh menurunkan tekanan dan melancarkan darah dan lain lain khasiat membuatkan anda akan bertambah makan nasi lagi bila menikmatinya ....hehehe

Saya fikir rakan blog dan pembaca sangat wajar mencuba ulam ini....



MD
14 Oktober 2011



Thursday, 13 October 2011

Sup Ketam Untuk Demam Denggi.

Pada rekod Saya pernah kena demam Denggi pada tahun 1997.Bermula dari demam biasa hingga ke satu tahap demam yang agak serius.Petang itu juga terus ke klinik swasta yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Melalui pemeriksaan Doktor,demam tersebut perlu dirujuk kepada hospital....risau weh!Maka dibekalkan dengan satu surat dan memerlukan Saya merujuk ke Hospital Universiti [ nama ketika itu ].

Keesokan harinya terus daftar di RUKA [ merujuk kepada Rawatan Umum Klinik Awam ] dan selesai saja pemeriksaan doktor keputusan menahan Saya ke wad dibuat....lagi la risau.Rupanya demam yang dihidapi adalah Demam Denggi.
Jika dikaji kronologinya kemungkinan digigit nyamuk Aedes ditapak pembinaan bangunan tambahan di kilang Perodua Rawang.Ketika itu sering memasuki tapak pembinaan untuk memantau pemasangan peralatan alat Penyaman Udara..

Hasilnya ditahan wad selama dua hari,dan perlu ambil darah untuk ujian setiap hari selama seminggu [ ini bab yang paling lemah semangat ] kedua lengan kiri dan kanan tempat urat darah disuntik memang sakit.Sepanjang dua hari di wad hanya pemantaun bacaan darah dan air dimasukkan kedalam badan.Tiada ubat lain yang diberi...Apapun syukur demam ini tidak ke tahap serius.

Amalan mengambil sup ketam dalam menu makanan pada pengidap demam denggi dapat meningkatkan bacaan platlet darah memang selalu kita dengar.Rasanya tiada masalah untuk kita mencuba,malah ada yang menunjukkan kesan yang positif.Insya Allah setiap penyakit itu ada penawar/ubatnya.

Nak menyediakan Sup Ketam juga bukanlah rumit,malah jika ada bahan-bahan ianya boleh disiapkan dalam masa yang singkat.Ini Sup Ketam yang Saya sediakan dengan bahan yang sangat ringkas :

Sup Ketam

Nak resepi ? Tak perlulah kot,semua dah tahu dan boleh memasak hehehe....


MD
12 Oktober 2011




Sunday, 9 October 2011

Terima Kasih Ben Ashaari....

Terima Kasih buat Ben Ashaari kerana Blogger hebat ini telah  sudi menjadi follower kepada Blog MD.



Sesungguhnya Saya masih sangat baru dalam dunia blog walaupun minat menulis memang telah wujud sejak sekian lama.

Masih banyak yang perlu Saya pelajari.Terima Kasih Ben Ashaari,semua follower sedia ada,pada semua yang bertandang membaca....



MD
9 Oktober 2011

Saturday, 8 October 2011

Gula Takup

Jika di Pahang popular dengan Gula Kabung dari Kampung Budu Kuala Lipis,Melaka pula sudah tentu gula Melakanya.Jangan lupa pula dengan Gula Kerek...
Semua jenis gula yang disebutkan diatas tadi mempunyai rasa dan aroma dan penyediaannya yang tersendiri.Enak dijadikan bahan kuih dan masakan tradisi semestinya tidak boleh disanggah lagi.

Baru baru ini Saya mendapat pemberian buah tangan dari kawan rapat kepada adik dari Sabah.Selain dari mee udang,ikan masin terdapat satu yang Saya kira istimewa iaitu sejenis manisan yang beliau panggil Gula Takup.Ianya dibungkus dengan sehelai daun lebar seakan akan daun pokok Terap.
Saya masih ingat dulu dulu [ dikampung ] jika ada gotong royong membuat 'nasi manis' @ wajik,daun pokok terap selalu digunakan sebagai bahan membungkus.Mudah dengan konsep mesra alam yang pakai dan buang...dulu pun dah amal konsep ini...

Berbalik pada kisah Gula Takup, ini gambarnya yang Saya rakam :

Dibungkus dengan bentuk segi empat dengan daun

Buka bungkusan.

Dari sudut yang lebih dekat

Setelah Saya merasa sedikit Gula Takup Sabah ini memang seakan akan gula kabung,gula Melaka juga.Ianya bakal dijadikan kuih sedikit masa lagi...hehehe.Apa pun penghasilan produk tradisi sebegini wajar diteruskan dan diperkenalkan dari masa ke semasa. Harap Gula Takup Sabah tak hilang dari pasaran di zaman serba moden ini.
Terima Kasih Ejay kerana memberikan buah tangan yang istimewa yang buat pertama kali Saya melihatnya.Terima kasih daun keladi,ada peluang merasa lagi....

Mungkin anda pembaca dan rakan blog pernah merasai keenakkan Gula Takup,sama sama berkongsi kisah.


MD
8 Oktober 2011




Friday, 7 October 2011

Tiket Pesta Pulau Pinang 1988

Salah satu hobi Saya mengumpul tiket.Sumbernya pula mudah sahaja, meliputi tiket kenderaan seperti bas,kapal terbang,meliputi tempat yang dilawati,acara,sukan dan lain lain.

Saya buat kali pertama ke Pulau Pinang yang sinonim dengan gelaran Pulau Mutiara melalui rombongan perpisahan sekolah menengah pada tahun 1988.Rombongan ini juga diadakan selepas peperiksaan SPM dan dikira juga sebagai rombongan perpisahan pelajar.Destinasi utama sememangnya di seluruh kawasan menarik di Pulau Pinang.

Antara tempat yang dilawati ialah Bukit Bendera,Taman Rama Rama,Masjid Negeri,Pantai Batu Feringgi,Pusat Beli belah Komtar,Padang Kota dan Pesta Pulau Pinang.Selain dari rakaman gambar sekeping tiket Pesta Pulau Pinang masih Saya simpan hingga kini.

Tiket Pesta berharga $1.00

Memang meriah Pesta Pulau Pinang ketika itu.Berbagai jualan,gerai makanan,permainan diadakan.Persembahan pentas pula pada malam itu ialah Ramli Sarip.

Tiket ini masih dalam keadaan baik dan akan terus disimpan.Bagaimana pula rupa tiket Pesta Pulau Pinang ketika ini, dan berapa pula harganya ?? Saya tidak pasti....Kunjungan semula Saya ke Pulau Mutiara sekitar tahun 1994,1996,2005,2009 tidak pula sempat kena dengan masa Pesta diadakan..

Itulah Tiket Pesta Pulau Pinang 1988 yang berusia 23 tahun.Untuk koleksi peribadi dan tidak dijual hehehe...


MD
7 Oktober 2011



Lirik Lagu Belia Negara

Ini adalah lirik Lagu Belia Negara yang pernah menjadi lagu utama di Pusat Latihan Belia Dusun Tua sehingga pertengahan 90an :  

Lagu Belia Negara :

Kamilah Pembela Nusa dan Bangsa
Kamilah Belia Berjasa
Taat dan Setia Berkorban Jiwa
Kepada Negara Jaya

Kami Sedia Disetiap Masa
Bergerak Maju Bersama
Mempertahankan Darjat Negara
Sentiasa Hidup Berjaya

c/o
Kami Pemuda Harapan Bangsa
Pemudi  Tiang Negara
Mari Kita Sama Berikrar
Belia Pahlawan Negara

Belia Malaysia Maju Jaya
Berganding Tangan Sekata
Semua Belia Mara Bersama
Pembela Malaysia Kita

Saya pernah menjalani kursus di Pusat Latihan Belia Dusun Tua ini amat menyanjung tinggi lagu ini lebih lebih lagi dinyanyikan dengan iringan pancaragam semasa perbarisan.Entah kenapa lagu yang bersemangat sebegini tidak lagi berkumandang terutamanya pada hari aktiviti yang melibatkan belia.Adakah sudah tidak relevan di era Millenium ini ??
Hanya bekas pelatih PLB DT yang tahu betapa tegaknya Kami berdiri ketika menyanyikan lagu ini.



Logo Pusat Latihan Belia Dusun Tua :


Apapun zaman perubahan terus berlaku.Nama PLB sudah tidak digunakan lagi sejak awal 1991.Perubahan nama dari Pusat Latihan Belia kepada Institut Kemahiran,Keushawanan Belia Begara [ IKKBN ] dan seterusnya kekal nama hingga sekarang ialah Institut Belia Negara [ IKBN ]

Ini pula  video Lagunya :

Kredit - 202baragas




MD
7 Oktober 2011




Thursday, 6 October 2011

Nombor Plat Menarik.

Menjadi minat Saya selalu memerhatikan kenderaan samada motosikal,kereta,van,lori dan lain lain yang mempunyai nombor plat yang menarik.Semestinya nombor yang menarik susunan ini pula dipadankan dengan negeri ianya didaftarkan.Gabungan ini kadang kadang seolah olah menghasilkan satu perkataan.

Awal pagi semalam Saya melalui di sekitar Bandar Puteri Puchong.Semasa berhenti di lampu isyarat maka terpandang satu kenderaan yang mempunyai nombor sebegini :


Mungkin ianya merujuk kepada nama seseorang atau nama syarikat,yang pasti gabungan dari DAK [ biasanya kenderaan didaftarkan di Kelantan ] dan nombor 14 mewujudkan gabungan nama sebegitu.
Lain lain nombor plat menarik yang pernah dijumpai seperti :

MAF 14 - jika digabungkan seakan menjadi MAFIA
CL 455 - jika digabungkan seakan menjadi CLASS
AHL 146 - jika digabungkan seakan menjadi AHLI46

Apa pun ketetapan  JPJ perlu dipatuhi,ini kerana terdapat rupa bentuk dan saiz nombor plat kenderaan yang menyalahi undang undang.Kena saman,perlu bayarrr....

Mungkin anda juga pernah jumpa nombor plat kenderaan yang lebih menarik?? Sama sama kita berkongsi pendapat dan pengalaman....


MD
6 Oktober 2011



Tuesday, 4 October 2011

Mazli Juara Grand Slam GP Joran Kategori Pantai 2011

Awal pagi tadi Saya menerima 'update' dari Mazli atau Pok Li [ nama yang Saya gunakan ] yang menyatakan bahawa beliau telah menjuarai GP Joran Berita Harian kategori pantai 2011.Saya tumpang gembira.Beliau merupakan bekas staf syarikat yang sama semasa Saya menetap di Kuantan suatu masa dahulu.

Pok Li juga memang minat memancing dan kami pernah beberapa kali ke laut di sekitar perairan Kuantan.Selain dari dapat ikan Saya juga dapat 'mabuk' laut percuma hehehe...
Beliau juga merupakan seorang pemain bolasepak kental di posisi pertahanan pada pasukan kami.

Tahniah Pok Li pada kemenangan berganda ini,Saya tumpang gembira...


MD
3 Oktober 2011







Juara Grand Slam 2011 kategori laut, Mohd Hatta Abd Rahim (kiri) dan kategori Pantai,Mazli Abdullah membawa pulang hadiah sebuah kereta PERODUA Alza bernilai RM63,000 pada majlis penyampaian hadiah penutup pertandingan akhir di Padang Astaka,Kuala Dungun, semalam. - Foto Rozainah Zakaria.




GP Joran berakhir penuh meriah
Oleh Azman Mahmood dan Rosli Ilham
bhkt@bharian.com.my
2011/10/3



Pemenang berganda bawa pulang PERODUA Alza, wang tunai RM10,000 

DUNGUN: Pertandingan memancing Pusingan Akhir Grand Slam GP Joran 2011 yang melabuhkan tirainya semalam, menyaksikan seorang pemancing tempatan muncul sebagai pemenang berganda.

Mohd Mazli Abdullah, 33, dari Besut, yang muncul juara Grand Slam 2011 kategori pantai membawa pulang hadiah sebuah kereta PERODUA Alza bernilai RM63,000.
Beliau juga muncul naib juara pertandingan akhir GP Joran bagi Kategori Pantai dengan membawa pulang wang tunai RM10,000.


Tempat kedua dan ketiga Grand Slam 2011 kategori pantai pula masing-masing dimenangi Mohd Zaki Abdullah, 37, dan Mohd Sharif Ismail, 30, kedua-dua dari Terengganu yang masing-masing membawa pulang bot getah bernilai RM1,900 dan RM1,400.

Bagi Grand Slam kategori laut pula, juara dimenangi Mohd Hatta Abd Rahim, 37, dari Johor, yang juga menerima sebuah PERODUA Alza, manakala Mohamad Saiful Azmi Hamzah yang juga anggota tentera dari Selangor dan Daimalawa Yunos Mairy, 32, dari Johor dinobatkan pemenang kedua dan ketiga, masing-masing menerima hadiah bot getah bernilai RM1,900 dan RM1,400. 
Bagi Kategori Pantai Pertandingan Akhir GP Joran, Mohamad Irhwan Abd Samad, 31, dari Pahang muncul juara dan menerima hadiah berjumlah RM20,000, manakala Hadiezri Abdul Khalid, 37, dari Terengganu di tempat ketiga dan menerima wang tunai RM4,000.

Sementara itu, bagi pusingan akhir GP Joran Kategori Laut, Shahrul Che May, 30, dari Selangor muncul juara dengan tangkapan ikan kerapu seberat 16.74 kilogram dan menerima wang tunai RM20,000.

Tempat kedua dimenangi Mohd Zainuddin Mohd Ramli, 51, dari Selangor dengan ikan kerapu seberat 16.3 kilogram, membawa pulang hadiah RM10,000 dan ketiga, Ahmad Nizam Othman, 37, dari Terengganu dan menerima wang tunai RM4,000, selepas berjaya menaikkan tenggiri seberat 13.3 kilogram.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian; Datuk Mior Kamarul Shahid; Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mustopa Abd Rahman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Harun Mohamad; Pengarah Urusan UFL Coleman, Datuk Radha Krisnan dan Pengurus PERODUA cawangan Kuala Terengganu, Zulwari Abdul Wahab.

Ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah penutup pertandingan akhir itu di Padang Astaka di sini, semalam, Za'abar berkata, beberapa siri kejohanan memancing terbesar yang diadakan di negeri ini bukan saja membawa nama Terengganu sebagai lokasi pancing terkenal negara, tetapi juga memberi pendapatan kepada peniaga kecil dan pengusaha hotel di negeri ni.

Beliau berkata, antara kejohanan memancing dianjurkan kerajaan negeri seperti Boat On The Road (BOTR) dan GP Joran dengan kerjasama Berita Harian serta Kenyir Cup sejak 2009, membantu menjana ekonomi hotel, peniaga kecil serta pemilik bot. 

Kredit BERITA HARIAN.

Monday, 3 October 2011

Koleksi 70-80an : 3 - Senduk Gulai

Koleksi seterusnya Senduk Gulai cap Ikan Kelisa.
Senduk ini dibeli sekitar pertengahan 80an.Entah beratus,entah beribu kali digunakan untuk memasak gulai,bubur dan sebagainya.Harganya murah tapi jasanya tetap tinggi kepada adik beradik.Hampir setiap hari digunakan untuk memasak oleh Emak....

Senduk Gulai

Cap Ikan Kelisa

Apa pun senduk ini sudah jarang digunakan lagi tetapi masih disimpan sebagai koleksi....



MD
3 Oktober 2011




Sunday, 2 October 2011

Orang Pertama menjadi Follower Blog Saya...

Saya baru terlibat pada dunia blog dan segalanya bagaikan satu permulaan.Catatan pun masih tak banyak,follower juga masih boleh dibilang dengan cepat.Sebab apa ?,sebab tak banyak dan hingga kini baru ada 36 jumlah follower kepada blog MD.

Sebagai penghargaan pada catatan kali ini didedikasikan kepada Orang Pertama menjadi Follower Blog Saya....

Orang yang dimaksudkan ialah :


Ozzy
Blog Beliau : BICARA OZZY [ http://ozzy2u.blogspot.com/ ]

Untuk makluman pembaca juga Ozzy merupakan rakan baik Saya sejak dari bangku sekolah dan hubungan persahabatan masih diteruskan hingga kini..Memang ada yang pertama,kedua,ketiga dan seterusnya,tapi Saya tetap berpegang kepada prinsip semua Follower dan semua pembaca yang berkunjung ke Blog MD ini sebenarnya sangat sangat dihargai...

Siapa pula follower pertama blog anda? ...sama sama kita berkongsi pendapat dan pengalaman.
Terima Kasih Ozzy dan Terima Kasih semua follower..!!!!


MD
2 Oktober 2011



Keputusan Perlawanan Malaysia vs Skuad Olimpik [ U23 ] Malaysia

Petang tadi sempat menyaksikan perlawanan persahabatan pasukan Senior Malaysia menentang pasukan Olimpik [ U23 ] Malaysia yang berlangsung di padang Wisma FAM,Kelana Jaya Selangor.

Skuad Senior Malaysia menang dengan jaringan 3 - 0.



MD

2 Oktober 2011

Tahniah...!

Tiada apa yang lebih menggembirakan hari ini apabila seorang adik akan menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen di Universiti Malaysia Terengganu [ UMT ].Setelah bertungkus lumus beberapa tahun mengharungi sesi pembelajaran dan akhirnya kejayaan yang dihajati diperolehi....


Tahniah buat Nur Husna..!! Ucapan ini pendek tapi percayalah huraian disebaliknya amat panjang.....


Semoga kejayaan ini dapat dipergunakan dengan sebaiknya.Ingatlah :
Dimana Kita Sekarang  Penting,Tetapi Dimana Kita Bermula Adalah Sesuatu Yang Sangat Tidak Boleh Dilupakan.
Sudah ditakdirkan Ayah [ arwah ] tidak dapat melihat 2 adik terakhir naik ke pentas utama menerima segulung ijazah.Dahulunya memang itulah hajat yang selalu disebut sebut.
Al Fatihah...moga dicucuri rahmat Allah SWT ke atas rohnya.

Itu saja....



MD
2 Oktober 2011

Saturday, 1 October 2011

Selamat Menyambut Hari Warga Emas

1 Oktober merupakan Hari Warga Tua @ Emas.
Di negara Malaysia individu yang berumur 60 tahun ke atas tergolong dalam kumpulan ini,manakala di sesetengah negara maju pula mereka yang berumur 65 tahun ke atas [ disebabkan oleh taraf ekonomi,pendidikan,taraf kesihatan yang lebih tinggi,perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh,jangka hayat yang lebih panjang dan lain lain faktor.Memang terdapat perbezaan dengan negara yang sedang membangun. ]




Insya Allah jika dipanjangkan usia kita semua akan melalui juga hari tersebut...
Diharapkan juga kemudahan serta keistimewaan untuk Warga Emas di negara Malaysia bertambah dari masa ke semasa.Salah satu contoh keistimewaan untuk warga ini ialah diskaun tambang untuk kenderaan awam...


Selamat Menyambut Hari Warga Emas...!!! kepada Emak,seluruh saudara mara dan seluruh Warga Emas di Malaysia.




MD
1 Oktober 2011